Secawan Kopi Untuk Abah

Along buat air apa petang ni¿ Itulah perkataan yang selalu abah ajukan pada aku dan soalan itu sudah menjadi sebati dengan diriku tiap-tiap petang. Bukan apa dia akan pastikan aku akan menghidangkan air kopi untuknya sebagai minum petang.

Adush! Membancuh air kopi merupakan perkara paling lemah dalam hidupku. Remeh benar rasanya menyediakan kopi yang sedap rasanya bagi abah. Dan setiap kali itu jugalah aku akan terima komen dari abah, kurang gula lah, kurang pekat lah.. segalanya kurang bagi abah.Akhirnya aku mengeluh sendirian, abh yang cerewet atau aku memang kurang kemahiran membancuh air kopi¿

Selalunya aku ni mengelat (menipu), sebelum abah membuka mulut, awal-awal lagi aku sudah buatkan air teh. Paling mudah, hanya penuhkan air panas dalam teko, rendamkan uncang teh, tambahkan gula dan kacau. Siap! Pasti tak cukup secawan abah minum, huhu~

Bila difikirkan kembali, abah hanya minta aku buatkan secawan kopi tapi aku sudah menarik muka tak minat. Patutkah begitu¿ Padahal sepanjang 23 tahun aku hidup di bawah perlindungan dia, apa sahaja yang aku minta tak pernah keluar dari mulutnya jawapan ‘tidak’. Segalanya pasti akan dipenuhi malahan lebih dari yang aku pinta. Tak pernah sekali aku kecewa dengan layanan dia. Tapi apabila dia hanya minta aku membancuh secawan kopi untuknya sebagai minum petang, aku tak dapat buat yang sebaiknya, aku tak dapat memenuhi kehendak tekaknya. Adilkah begitu?

Jauh benar harga budi dan jasanya berbanding harga secawan kopi itu. Dia baru sahaja minta buatkan kopi bagaimana kalau dia mintak aku hadiahkan sebuah kereta Vios idamannya, sebuah rumah banglow bernilai 3.4 juta ataupun apabila ditakdirkan kudratnya ditarik Ilahi apabila umurnya meningkat emas dan aku diminta untuk memimpinnya ke tandas atau menyuapkan makanan ke mulutnya, dapatkah aku menjalankan tanggungjawab itu?

Atas kesedaran itu, setiap kali aku membancuh kopi untuknya, fikiranku melayang memikirkan perkara itu dan dengan sedikit kesungguhan aku akan pastikan abah menghirup kopi dengan senyuman. Aku mendoakan dia bukan sahaja merasai air kopi tetapi juga merasai kasih sayang ku padanya yang tidak terhingga..

Sekurang-kurangnya aku tak seperti Belalang yang membancuh kopi menggunakan arang kuali. uhuk~

4 responses to this post.

  1. Posted by kiminoegao on 11/09/2009 at 15:57

    mata berkaca-kaca membaca entry ini. rasakanlah sekali kasih dan sayangku untuk dia yang jauh di mata. tulus dan ikhlas~

    p/s: rajin2 la bancuh kopi.latihan menghidangkan minuman untuk bakal suami juga ;p

    Reply

  2. ptg semlm abh minum kopi dengan senyuman. plg ikhlas kurasakan….

    Reply

  3. […] Rasa¿ rasa apa yang dimaksudkan ni¿ Adakah rasa kopi yang aku hidangkan untuk abh setiap petang itu¿ huhu~ (Sila baca entry ‘Secawan Kopi untuk Abah’). […]

    Reply

Leave a comment