Yang Membangun Jiwa

Aku kembali..  Bila aku check balik, first entry yang aku tulis ialah pada 9 November 2009 iaitu tarikh rasmi aku buat blog ni. dan hari ni 24 Disember 2011 maknanya dah 2 tahun blog ni wujud. tak sedar pun ianya berlalu.. Boleh jadi ini entri terakhir aku pada tahun ni.

Entri kali ni aku nak bercerita mengenai hobi aku. Aku sangat beruntung sebab dikurniakan satu hobi yang berharga iaitu membaca. Melalui membaca aku dapat mengenal dunia, melalui membaca juga aku dapat mengenal Yang Satu.

Aku sangat berterima kasih pada emak sebab mendidik kami adik-beradik dengan budaya membaca sejak kami sudah pandai mengeja. Masih basah lagi di ingatanku bagaimana emak membawa kami ke perpustakaan desa Pengkalan untuk mendekatkan kami dengan buku. Sekiranya di sekolah rendah dahulu ada jualan buku cerita pasti abah juga tidak pernah lokek untuk mengeluarkan duit supaya kami dapat memiliki buku tersebut. Aku ingat lagi pada satu memori di mana kami sering membeli buku tajuknya ‘KAWAN’ (Kami Anak Wawasan). Kami amat menggemari buku tersebut kerana persembahan ilmu yang menarik di samping terselit juga kartun. Selain majalah KUNTUM yang menjadi wadah kami untuk mengembangkan ilmu. Apa yang aku ingin ceritakan ialah, satu hari tu aku minta duit kat abah untuk membeli buku ’KAWAN’, aku cakaplah pada Abah, “Abah nak duit, nak beli buku ’KAWAN’”. “Hah, nape buku ’KAWAN’ ko nak kena belikan pulak, tanya Abah pelik”. Haha, abah sangka buku ’KAWAN’ yang aku maksudkan ialah buku untuk kawan aku sedangkan buku itu tajuknya ’KAWAN’. Barulah abah memahami kehendak kami itu. Dan seperti selalunya abah meringankan tangannya memberi kami duit. Terima kasih abah!

Dan aku makin meningkat remaja, bahan bacaan yang aku baca pun mengikut selera umur. Yang paling aku ingat tentunya bagaimana aku boleh terjerumus minat baca novel lak. Angah yang mulakan dulu sebenarnya dialah kepalanya. Haha!. Kalau kami keluar pergi Ipoh Parade tentu ada saja novel yang dibeli.  Masing-masing membeli novel yang berlainan dan kami akan bertukar-tukar membacanya. Kadang-kala juga kami berkongsi cerita novel yang dibaca. Kami mempunyai penulis kegemaran yang berlainan. Angah lebih suka membaca karya Aisya Sofea, Ida minat novel-novel tulisan Damya Hanna dan Nia Azalea, aku pula pasti membeli novel hasil tulisan Anis Ayuni dan Aina Emir. Aku rasa berpuluh gak la koleksi novel-novel kami tu. Rasanya ada dalam 50 buah kot. (Termasuk yang hilang. Ahaks`) Aku tau tentu Angah ingat lagi satu cerita ni. Di mana masa tu kami bersekolah asrama di daerah utara Perak. Kami akan ambil bas di Kamunting untuk balik ke Ipoh. Dekat stesen bas Kamunting tu ada la kedai yang jual novel dan Angah tak melepaskan peluang untuk membeli novel (seperti biasa). Novel yang dia beli tajuknya ‘Sehangat Asmara’ tulisan Aisya Sofea dan sepanjang perjalanan balik ke Ipoh tu dia kusyuk baca novel tersebut. Aku seperti biasa duduk di sebelahnya melayan mimpi. Sesekali terlihat juga aku dia duk tersengih-sengih membacanya. Berangan la tu! :D . Hah, ada lagi satu cerita. Oleh kerana dia sangat minat melayan novel, dia bawa novel yang dia beli ke asrama (Lupa dah tajuk novel tu). Sekali masa tu kuliah Subuh di surau, Ustaz Zaki buat projek pula. Ustaz Zaki bersama pimpinan asrama buat ‘spot check’ merampas barang-barang haram yang dibawa masuk ke asrama termasuklah novel angah tu. Sian angah novel dia kena rampas beli mahal lak tu. Uhuk! Ko ingat lagi tak ngah¿ Huhu..

Antara koleksi novel kami

Masa kian berputar meninggalkan cerita lama. Tentu sekali pilihan untuk membeli bahan bacaan turut berubah. Ye la umur pun dah masuk 20-an, pemikiran dah mula matang dan bercambah. Kali ini lebih ke arah mengikut selera rohani. Makin lama aku mula mencari sesuatu yang lebih membangunkan jiwa. Maknanya apabila aku menghabiskan bacaan, di hujungnya nanti akan ada pengajaran yang menyedarkan untuk kembali bertapak ke jalanNya. Aku sedar aku bukanlah dari kalangan mereka yang mengikuti usrah untuk menambah ilmu agama, aku juga kurang mendengar ceramah ustaz. Namun atas kelebihanku yang sangat minat membaca, melalui cara inilah aku dapat mendidik jiwa memberi makan untuk rohaniku. Sekarang pun banyak dah ustaz dan ustazah menghasilkan buku-buku dan menjadi kolumnis majalah dalam menghasilkan artikel-artikel yang berguna. Perkongsian ilmu melalui tulisan. Pendekatan kini yang menjadi pilihan ramai disebabkan kekangan waktu untuk mendengar ceramah di surau ataupun masjid.

Kalau dulu aku baca novel cintan cintun yang melelehkan tapi sekarang aku akan lebih memilih novel yang dikategorikan sebagai ‘pembangun jiwa’. Tapi tu la kebanyakan novel kat Malaysia ni semuanya yang melelehkan macam zaman aku remaja dahulu malah makin banyak di pasaran. Tak ada pun yang boleh menjadi  rangsangan kepada jiwa untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Alih-alih novel karya dari seberang menjadi pilihan utama aku. Beruntung Indonesia, di sebalik kehidupan  mereka yang serba kekurangan tapi mereka mempunyai ramai para ilmuan yang berlatar belakangkan agama yang mampu menghasilkan novel dan cerpen yang berkualiti. Novel yang ditulis ada juga berkisarkan cinta tapi cinta yang seiring dengan agama. Cinta yang diajar oleh Islam. Cinta antara dua manusia atas nama Islam. Seharusnya novel beginilah yang perlu diperbanyakkan di rak-rak kedai buku supaya para remaja yang lebih sinonim dengan alam percintaan tau jalan mana yang mereka perlu pilih. Tentu sekali novel yang menjadi pilihan aku adalah penulis yang seorang ini, Habiburrahman El Shirazy. Tentu namanya sangat familiar kan. Beliau merupakan seorang novelis yang sangat terkenal di Indonesia yang mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar. Aku mengenali penulis ini semasa tu tahun 2006. Aku pinjam novel yang bertajuk ‘Ayat-Ayat Cinta’ dari rumetku. Membacanya sangat meniupkan semangat dalam beragama. Indahnya kurasakan sekiranya cinta agama dan cinta manusia diletakkan di tempat yang betul. Dengan bahasa yang indah, penceritaan yang menarik dan mendebarkan sehingga aku melambat-lambatkan pembacaan kerana tak sanggup nak sampai ke muka surat terakhir. Pasti hari-hariku akan suram apabila aku menamatkan pembacaanku. Sejak itu aku menjadi pengikut kepada karya-karyanya. Novel yang paling aku gemari ialah ‘Bumi Cinta’. Kisah mengenai pelajar dari Indonesia yang bernama Ayyas menyambung ‘master’nya di Russia kota penuh dugaan tapi imannya tetap teguh seperti ikan di laut yang tidak membiarkan dirinya dipengaruhi keadaan sekeliling. Kalau nak cerita kat sini memang berjela-jelanya jawabnya. Aku sangat menyarankan korang membaca novel ini tanpa perlu memikir panjang untuk membawa novel ni ke kaunter bayaran untuk memilikinya. Karya beliau kini menjadi pilihan penerbit filem dan drama untuk disajikan kepada para penonton. Aku juga tak melepaskan untuk men’download’ cerita-cerita tersebut. Selama hari ni aku duk terbayang-bayangkan wataknya sekarang segalanya sudah dizahirkan. Bukankah itu lebih terkesan di hati¿

Seorang lagi penulis Malaysia nama dia Bahruddin Bekri. Gaya penulisannya santai kadang kala diselit humor membuatkan aku tidak bosan membacanya.  Mungkin dia tak dapat nak ditandingkan dengan dengan Habiburrahman El Shirazy tapi motivasi yang ingin disampaikan sangat kuat. Setiap kali aku menamatkan pembacaan novelnya aku rasa seperti menghirup semangat baru dan membuatkan aku lebih berkeyakinan untuk terus hidup. Cerita seperti amat dekat dengan diri aku. Korang try la baca cerpennya di blognya mungkin ini permulaan yang baik sebelum korang membaca novelnya. Pasti korang tak menyesal. Ya, aku pasti.

Sekarang ni 2,3 kali dalam sebulan pasti aku akan meluangkan masa untuk ke kedai buku Mubaruk di Ipoh untuk membelek-belek buku-buku baru. InsyaAllah duit gajiku akan kusebelahkan untuk membeli bahan bacaan yang terlorong ke arah positif. Harap ianya berkekalan.

Aku pernah membaca status angah di FB katanya ‘Kita ialah dengan siapa kita berkawan, bahasa bagaimana kita tuturkan, buku apa kita baca, rancangan apa kita tengok, tempat mana kita pergi, pakaian bagaimana kita sarungkan, di masa lapang aktiviti apa kita buat dan seribu satu perkara lagi yang boleh men-’describe’kan diri kita’. Jadi cuba korang tengok kat rak buku di almari korang, agak-agaknya jenis bahan bacaan apa yang banyak di situ¿ Harap-harapnya duit yang kita habiskan tak disia-sia begitu sahaja. Biarlah duit yang kita laburkan lebur bersama pahala. Mulakan dari sekarang untuk mencari sesuatu yang menekan jiwa untuk berganjak ke arah kebaikan. Masih belum terlewat selagi Malaikat Izrail tidak datang untuk menjemput kita. Aku sangat bersyukur setelah puas dikelilingi novel-novel melelehkan akhirnya Allah temukan aku dengan bahan bacaan yang berharga.

Moga aku terus istiqamah membaca, membaca dan membaca. Ya tentunya membaca sesuatu Yang Membangunkan Jiwa.

—————————————————————————————————-

psst… actually enrty ni aku taip pada 24 Disember 2011 tapi aku tak dapat nak mengabiskannya. Ingatkan nak sambung esoknya tapi tak sempat kerana ketika itu kami dapat berita yang opah dimasukkan ke hospital Selayang dan aku duduk di KL hampir seminggu. Tergendalalah untuk menjadikan entry ni entry yang terakhir untuk 2011.
“Wa Makaru wa Makara Allah wa’llahu Khairul Makereen”
-Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang-

Advertisement

2 responses to this post.

  1. wow template baru! thn baru azam baru =)
    hikhik lawak la weh mengenang zaman lalu.bc dlm bus kamunting-ipoh.tp sedey bku tu dh hlg.dn aisya sofea nye novel mkn lm makin krg menyengat. hhe
    YES, sekrg bnyk dh novel islamic.ptt la dlu bc novel rs lain mcm je..kurg di mana2. coz bnyk unsur2 ‘maksiat’ dlm novel. betul x? klo cinta, x ikut syariaat..sekaligus menyuntik ank remaja di awang2an =(
    teringin nk menulis karya islamic. menampung penulis islamik berbakat yg msih lg ramai diperlukan. tulis la sebuah long.hhu

    salam takziah untukmu..moga opah ditempatkan di kalangan orang beriman T-T

    Reply

  2. tu la, remaja bc dn msk dlm otak diorg cinta 2 penyatuan dua hati dn bahagia selamanya. full stop! i2 je.. padahal cinta tu sgt meluas dn lbh dr tu. perlu disulam dgn dgn nm Islam. ms tu mesti diorg rs yg cinta itu tersgtlah indahnya.
    aku tulis¿ tah le.. jauh lg pn nk smpai ke tahap menulis. baru berapa kerat je pun bc nvl2 islamic. kena byk teroka lg.. ko pn try la gk tulis sebuah.heh

    ms entry ni ditulis, opah ada bersama kita. skang entry ni dh dipublish opah dh semakin jauh dgn kita. Ya Allah…….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.