Masih Lagi Berbicara

Wah!! lama betul aku membisu di sini. Bila aku tengok list entry aku, untuk tahun 2011 ni, baru 2 je entry aku. Itupun entry yang kedua untuk tahun ni Suku Abad, 2 perkataan je aku tulis. huhu` betapa mood aku agak down  awal tahun ni, nak menulis pun rasa terbantut.

Entry Suku Abad tu sebenarnya merujuk kepada umur aku yang dah menjangkau 25 tahun bersamaan Suku Abad. huhu!! betapa putaran masa cepat berlalu. 8 tahun sudah meninggalkan zaman persekolahan dan 3 tahun meninggalkan zaman kampus.

Oklah, kita tinggalkan cerita umur ni. Aku sebenarnya sangat excited dapat menulis semula di sini. Begitu banyak nak aku kisahkan setelah aku agak ketinggalan 5 bulan untuk menjengah di sini. So bersempena masuk bulan 10 ni dan waktu yang ada, banyak la masa aku nak ngadap pc ni. Untuk pengetahuan umum, walaupun aku tidak menulis di sini, aku masih lagi mencoretkan sedikit hari-hari yang aku lalui di sebuah buku catatan aku. Cuma aku tak berkesempatan nak menzahirkan kat blog ni. Jadi aku akan susun kronologinya di bawah k.

Perkara yang nak aku ceritakan tentu sekali mengenai kontrak gstt yang telah pun disambung balik. Alhamdulillah, di saat harapan aku sudah terkubur dengan gstt, Allah masih lagi memberi ruang rupanya. Walaupun hanya ‘Contract For Service’, itu sudah seribu rahmat buatku.

20072011

Aku bersama rakan-rakan yang lain diminta menghadirkan diri di dewan SMKA untuk diberi taklimat. Berdebar juga aku pada malam sebelumnya memikirkan sama ada aku perlu menghadiri temu duga. Namun tidak, kami terus diberikan surat lantikan beserta nama sekolah yang akan ditugaskan. Surprise giler ah bila aku membuka sampul dan membaca SMKPTPM merupakan sekolah yang bakal aku tugaskan. Hanya 5 minit dari rumah. Fuh~~ lega.. Tak perlulah aku risaukan panas terik mentari, melalui perjalanan yang jauh, berkongsi jalan raya bersama lori pasir dan tentu sekali berhadapan jalan yang berlubang yang akan melambatkan gerakan roda motorku. Alhamdulillah.. kelebihannya di situ. Perkara-perkara lain tidak dapat aku pastikan lagi. Habis taklimat aku shot pergi hospital untuk buat medical check up. Esok saje aku melaporkan diri ke sekolah itu.

21072011

Aku keluar agak lewat pagi itu untuk mendaftarkan diri. Pagi-pagi biasanya orang pejabat dan guru kelam kabut sikit. Perasaan aku¿ Walaupun dah melalui 2 kali mendaftar di sekolah baru, hati aku tetap risau, perut aku masih kecut membayangkan sama ada kedatangan aku akan dialu-alukan atau sebaliknya. Aku mendaftarkan diri pada penolong kanan pentadbiran. Kemudian dia membawa aku ke bilik guru. Ku panjat tangga aras 1, tidak sampai lagi ke bilik guru, naik lagi setingkat bukan juga di aras ini. Hingga tangga yang terakhir di aras 3 barulah sampai ke tempat yang dituju. Pergh~ kat aras 3 letaknya bilik guru sekolah ni, tinggi betul!. Makin laju jantung aku mengepam oksigen apabila kaki melangkah masuk ke bilik guru. Penat~

Aku memperkenalkan diri pada guru-guru yang ada di dalam bilik guru ketika itu. Sempat juga aku meminta guru-guru tersebut memberikan gambaran sikap pelajar di sekolah tu. ‘Buat muka garang, jangan bagi diorg pijak kepala’ Itu antara nasihat yang aku dapat. Apa-apa pun ekpresi pertama sangat penting untuk aku ketika itu.

Biasalah hari pertama aku bertugas, aku diberi ‘relief’. Kelas 5K, aku diberitahu kelas tu kelas tingkatan lima yang ‘last’ sekali. Apabila disebut ‘last’, faham sangat la aku.. Maknanya pelajar yang bermasalah dan malas semua dalam kelas tu.

Tapi bila aku dah masuk dan memulakan aktiviti santai. Tak ada pula aku nampak kenakalan dan kurengnya di situ. Mereka sangat mengalukan aku dan memberikan respons yang positif berbeza dengan apa yang aku sangkakan. Apa-apapun, Alhamdulillah.. hari pertama berlalu dengan mudah…

10082001

Aku telah diberikan subjek Sivik dan Moral untuk diajar. Aku tiada masalah untuk mengajar subjek-sebjek tersebut sebab aku sudah berpengalaman mengajar subjek tu. Sempat la dalam 2 minggu aku mengajar tetiba aku dipanggil oleh guru kanan. Katanya ada perkara yang sangat penting untk dibicarakan. Beliau telah meminta aku melepaskan jadual waktu sekarang untuk diberikan kepada guru ganti yang baru mendaftar minggu itu dan aku diberi jadual baru di mana guru tersebut tiada gantinya setelah dia bersalin. Nak tukar jadual, tiada masalah tapi yang jadi masalah besarnya sekarang aku kena ajar subjek PERDAGANGAN yang langsung aku tak pernah belajar di sekolah. Pergh~~ ‘Zero Knowledge’ kot` Apa aku nak gebang kat bebudak tu. Ajar tingkatan 4 tak apa lagi ni tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Mana leh main-main beb! Katanya sekolah benar-benar mengharapkan pada aku kerana tiada lagi pilihan lain. Para pelajar ada hak untuk mendapatkan ilmu, tak kan nak biarkan mereka tak belajar subjek tu. Mulanya aku cuba menolak kerana aku kesian kat bebudak tu dapat aku nanti. Mereka mengharap pada guru yang mengajar tapi mengharap pada aku yang tiada langsung ilmu dalam perdagangan ni semestinya merupakan berita yang tidak baik untuk mereka. Yang aku tak leh blah lagi, katanya jadual baru tu nanti akan bermula esok. Pergh~~ (lagi sekali pergh~~). Ada ke patut macam tu, tak nyempat-nyempat esok juga nak kena mula. Keras dah aku kat situ.. Akhirnya aku sahut cabaran tersebut setelah dipujuk-pujuk dan ternyata jelas aku tiada pilihan. Tak sangka gak aku, aku berani mengambil cabaran ni dan membulatkan tekad untuk membantu pelajar-pelajar di sekolah tu.

11082001

Hari ni aku ada 3 kelas perdagangan. 2 kelas tingkatan 5 dan 1 kelas tingkatan 4. Eloklah tu aku jumpa dengan pelajar-pelajar tersebut hari ni sekaligus. Apabila aku masuk ke kelas mereka, mereka sendiri pun tidak menyangka aku akan menjadi guru perdagangan mereka. Agaknya muka aku tak ada nampak muka economic kot. Ayat pertama aku kata pada mereka selepas mereka memberi salam dan membaca doa belajar, ‘Saya ada 2 perkara nak bagi tau awak dan minta awak dengar baik-baik. Pertama, saya tak pernah belajar perdagangan, saya tak tahu apa itu perdagangan, kalau saya tahu pun itu dari pengetahuan am saya yang saya baca kat paper’. Saat itu aku nampak pelajar-pelajar berkerut dahi  dan kurang juga ada yang tersengih. ‘Perkara kedua, Walaupun saya tak pernah belajar perdagangan awak jangan risau, saya akan bantu awak dalam subjek ni.’ Janjiku pada mereka. Kelegaan jelas kelihatan pada wajah mereka. Ya, aku mengambil langkah untuk berterus-terang pada mereka biar mereka tahu realitinya. Aku tak mahu menganiaya mereka dengan cara aku pandai dalam semua perkara. Aku datang sini bukan untuk mengajar tapi untuk mendidik.

19092011

Hari itu hari terakhir aku mengajar subjek Perdagangan. Cikgu yang asal sudah pun habis berpantang dan aku akan mengembalikan jadual itu padanya. Keadaan akan menjadi sedia kala. Agak sedih juga aku kerana akan melepaskan jadual tersebut kerana aku mula menyukai subjek perdagangan. Betullah kata guru kanan yang memujuk aku dulu. Subjek perdagangan agak mudah kerana merupakan subjek membaca dan tak seperti subjek sejarah yang meleret-leret ceritanya. Ternyata subjek membaca dekat dengan hatiku kerana hobiku yang memang suka membaca. Sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kerana mudahkan aku melalui hari-hari bergelumang dengan buku perdagangan. Ditambah dengan bantuan seorang lagi guru perdagangan di sekolah tu yang sering menolong aku apabila aku tersangkut untuk memahami topik-topik tertentu dan pastinya menunjuk ajar aku cara untuk menanda paper Pra SPM mereka. Sehinggakan para pelajar tingakatan 5 pernah bertanya. ‘Betul ke cikgu tak pernah belajar perdagangan¿ Cikgu ajar kami macam pro je’. Huhu. Ada-ada je bebudak ni. Pantas aku menjawab ‘Saya pernah janji kat awak kan yang saya akan tolong awak apa keadaan pun’. Dia hanya tersenyum. Pernah juga satu hari aku mendekati seorang pelajar lelaki, lantas terus dia berkata ‘Saya tengok muka cikgu, saya nampak perdagangan. Muka cikgu ni cam serasi dengan perdagangan’ Haha! gelak besar aku dibuatnya. Ada saje akal diorg ni.

30092011

Jadi sehingga saat blog ini ditulis, aku hanya masuk kelas untuk ‘relief’. Namun aku bukan duduk sahaja dalam kelas. Aku akan mengajar subjek Geografi dan Matematik untuk mana-mana kelas yang aku masuk. Nak suruh mereka belajar sendiri, tak adanya mau. Jadi, awal-awal aku dah sediakan latihan untuk mereka buat. Sekurang-kurangnya aku membantu guru subjek mereka memberi ilmu lebih. Aku faham kalau pihak sekolah tidak memberikan jadual untuk aku kerana para pelajarku akan menduduki final exam 10 hb 10 ni dan mustahil pihak sekolah akan merombak jadual di saat-saat guru berkejar menghabiskan silibus.

02102011

Aku start tulis entry ni pukul 8.31 malam, sekarang pukul 12.40 tengah malam barulah sampai ke penghujungnya. Huhu` lamanya aku menapak kat entry ni. Bukan pe, sambil-sambil nak dapat idea untuk menulis aku sempat gi siang ikan untuk makan malam, gi solat Isyak dan layan bola jap. Apalah pilihan Selangor kalah, ingtkan boleh la tebus kekalahan tahun lepas. Tak habis pun aku tengok, 4 minit di masa kecederaan separuh masa kedua aku tukar cenel. Tengok MU lawan Norwich. Tak sabar aku nak tengok MU kalah (aku memang anti MU.Huhu`) Sekali MU dah sumbat 2 gol terus aku tukar tv3. Eh` tersembang pasal bola la plak. Hehe` Tak pe2. Lain kali aku buat entry khas pasal Bola. Banyak gak nk citer pasal bola ni. Minat aku skang ni tau.

Jadi, itulah cerita-cerita aku sepanjang 2 bulan lebih menjadi gstt di SMKPTPM. Akan datang pastinya hanya Dia sahaja yang tahu. Harap-harap ada kisah yang best bakal aku jalani nanti. Mohon doakan yang terbaik untuk aku k`

—————————————————————————————————

pstt… Korang tau tak, semestinya korang tak tahu kan. Aku ada satu cerita ‘best’ untuk korang sebelum aku menutup cerita kali ni. Sebagai seorang yang suka mencatat dan merancang apa bakal aku ajar untuk kelas seterusnya, aku telah sediakan sebuah buku catatan berwarna putih. Dalam buku tu aku tulis segala apa yang aku akan ajar, maklumat dan info terkini pengurusan sekolah, isi-isi ‘contact time’ dan senarai nama pelajar.  Aku ada gak draf sikit-sikit apa yang aku nak tulis dalam blog dalam buku tu bila aku ada masa lapang dan datang idea nak mengarang.  Buku tu biasanya aku akan bawa setiap kali masuk kelas, senang aku nak refer. Yang jadi ‘best sangat’ kat sini, buku tu aku leh tertinggal kat salah sebuah kelas yang aku ajar! Aku langsung tak perasan aku tertinggal dalam kelas tu sehingga penolong kelas tu pass kan buku tu kat aku time lepas rehat. Memula aku terima buku tu dari dia, aku ok je la dan mengucapkan terima kasih. Sekali bila dia cakap bebudak lelaki baca coretan draf tu, menjerit terus aku! Terpana aku! Argh!! Tidak!!!! Dia siap cakap bebudak kata best baca draf tu` Best la sangat aku rasa hampeh ada la. Terasa macam kena telanjang pun ada gak bila segala isi hati dah dibaca oleh pelajar-pelajar. Budak lelaki lak tu. Aku dah makin tak senang duduk bila dia tak nak bagitau aku siapa yang tidak jujur tu.  Ada sorang guru melihat aku dalam keresahan menegur aku. Aku menceritakan perihal para pelajar yang sengaja melanjurkan diri membaca catatan aku. ‘K buat tak tau je, bebudak kat sini memang kurang ajar. Bukan tau hormat. K dah tau benda tu personal npe K bawa masuk kelas. Skang ni K dah tak leh nak undo balik. Apa K boleh buat skang ni, jangan kelam nak cari siapa yang baca tu, K buat tak tau je. Buat macam biasa, nanti diorg tengok K risau lagi la diorang seronok menyakat K dan mencanang cerita tu satu sekolah. Kalau K masuk kelas diorg dan diorg buka cter psl tu K jawab je, Ala semua orang ada luahan hati masing-masing so apa awak semua nak kisah’.  Hurm.. betul gak kata akak ni. Tenang sikit hati aku bila mendengar nasihat Kak N. Relax sikit aku rasa. Bila aku fikir balik, apa aku nak heran sebab apa yang aku tulis dalam buku tu akan aku tulis dalam blog dan orang akan baca gak. So tak ada apa nak aku sorokkan. Diorg bernasib baik la kiranya belum sempat aku menulis dalam blog diorg dah dapat baca dulu. Jadi aku let go kes tu. Nak lawan budak umur 16 tahun buat apa kan. Tapi bila dikenang balik, aku nak marah aku jadi gelak sorang-sorang. Lawak pun ada. Aku dalam kelas memang buat muka serius, bebudak form 3 bila tengok aku masuk kelas mula la- Cikguku Gengster, cikgu langsi la. Hampeh tul diorg ni. Pengaruh filem tul`. Sekali di sisi yang berbeza Cikgu K ni sentimental orangnya. Hoho! Kantoi2!  (Kekadang mental gak dibuatnya)

Oklah.. jam pun dah pukul 1.27 pagi. Lama plak aku bertapa depan pc ni. Huhu! biasala orang rindu melepaskan rasa mana mau sekejap kan. Heh` See ya.

4 responses to this post.

  1. Posted by nieza on 11/09/2011 at 9:59 pm

    amboih tuan tanah dah lupakan tanah…
    ko ke yg tulis ni long? cm xcaye je ayatnye.hehe
    be strong dear. Allah with us. ALWAYS..
    lots of love

    Reply

    • hoho! x lupa eh.. igt2 lupa je. heh`
      sy la tls, npe¿ blh dpt A+ ke karangan ni¿
      dh lm x menulis, rs rindu sgt.sek dlu ada la bt karangan, skill mantap. ni dh abes sek, makin lm makin hilang skill… tu yg tls blog nk kembalikn skill tu. (ceh~ konon cm terer). alaa.. ko pun pndai gk menulis apa..
      tq Allah, selalu igtkn alg.
      love u more!

      Reply

  2. Posted by nieza on 11/14/2011 at 4:31 pm

    i wrote about pmbinaan msjid hiroshima in FB and someone said to me ..” mesti tersenyum cikgu2 bm k.niza klo bc artikel ni.”..for me personally i rather appreciate mum more. she taught us a lot on how to write since we first knew how to write a good essay. remember? -mak kn ayt bunga2 sket..hhu-

    Reply

    • setuju2! mak really gud in writing.
      still in my mind when u, ida n me won in writing essay competition when we were studying at skrdhe. itu semua mak la yg tulis sbrnya dan tiga-tiga kita mng. uhuk`. am i rite¿

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.