The Bleeding Heart

Membaca tajuknya  saja sudah merasakan ada keperitan di situ. Mendengar tajuknya jua terus membayangkan kesakitan yang dihadapi.

Tahun 2011. Aku suka no 1 apatah lagi nombor itu ada pada 2011. Namun suka sahaja tidak cukup kerna apa yang penting bagaimana hari-hari dalam tahun itu yang telah aku lalui sehingga bulan April ini. Aku semahu-mahunya enggan menulis apa yang aku rasa skang. Tapi makin hari makin dah tak tertanggung. Aku gagal untuk menyembunyikan rasa. Tiap-tiap malam menekup muka di bantal dan menjerit sekuat hati. Arghhhh!!!! Mau kering terus tekak jadinya. Itu je lah perkara paling ringan yang aku boleh buat pun untuk perasaan itu  mengalir keluar dari dalam diri.

Umur 25 boleh dianggap umur yang cukup masak dan stabil dalam menghadapi hidup. Keluarga, kerjaya, melakukan perkara yang digemari.. Tapi bukan untuk aku. Aku masih meraba-raba untuk merangka hidup. Ke sana tak kena ke sini tak menjadi. Kaki terpaku, badan membeku, lidah kelu, hati membatu…

Hoh~ kalau sebelum ni perjalanan hidup dari sekolah smooth je. UPSR lepas, PMR lepas, SPM lepas, Mtrx lepas pun tak bape nak lepas actually, ada pulak anasir luar datang menguji. Sambung belajar kat U sedikit menggoyangkan namun akhirnya lepas gak. So next step masuk alam pekerjaan. Aku antara yang paling lewat dapat kerja antara geng aku di U dulu. Ditakdirkan pekerjaan pertamaku adalah gstt, sekadar kontrak. Dapatlah 2 tahun berkhidmat. Kemudian batu menghempap kepala. Aku tersentak bila tak dapat sambung kontrak. Aku tak salahkan dasar kerajaan. Aku salah diri aku sendiri yang sedikit leka dengan pekerjaan ni sehingga lupa mengambil ruang untuk memohon pekerjaan yang lebih terjamin.

Akhirnya, keras aku di sini. Dah masuk bulan April pun. 2 hari lagi umur pun 25. hurm… Mungkin ini cara untuk dosa-dosaku yang lalu dihapuskanNya. Menguji imanku di tahap mana. Sekali ujian melanda, adakah aku redha atau menyalahkan takdir?

Aku tak salahkan mak dan abah yang kadang kala mengeluarkan ayat yang memedihkan. Melihatkan kejayaan anak-anak rakan mereka yang belajar setakat SPM tapi skang mampu mendapat kerja kerajaan (itu yang penting), sudah memandu kereta dan membina keluarga. Sedangkan anaknya umur 25 tahun masih makan nasi duit hasil kerja mereka. Umur muda, badan sihat, tiada keuzuran tapi masih menempel dengan mereka. Suck!

Aku yang salah yang kurang berusaha dan bertawakal..

~~##### SIARAN TERGENDALA#####~~

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.