Awal dan Akhir 2010

Tak pernah aku jangka sama sekali. Bermulanya kerjaya aku tahun 2010 ini di SMKT berakhirnya pula di SMKSP.
Dua tempat yang nyata beza sejarah, latar belakang dan budaya. Walaupun agak sukar pada awalnya untuk aku menerima berita penukaran yang secara tiba-tiba itu, namun Alhamdulillah.. dapat juga aku meng’adapt’ suasana di tempat baru.

Awal 2010

Aku berada di SMKT sudah setahun tiga bulan. Rezeki, kerana setelah aku ‘renew’ kontrak tahun lepas, aku ditugaskan di sekolah yang sama pada tahun ini. Selama berada di sini, tentunya banyak perkara yang telah aku belajar. Mana tidaknya di sinilah sekolah pertamaku setelah aku mengambil keputusan untuk menjadi guru secara kontrak. Tanpa segulung ijazah pendidikan, tanpa memasuki kelas psikologi, pedagogi, gigil aku dibuatnya.

Tahun pertamaku aku di sini aku sudah ceritakan pada entry Rasa Yang Tertinggal. Untuk tahun yang kedua ini (2010),  aku sudah berasa keserasiannya. Kami guru petang bersama-sama membangun dan membina kelas sesi petang memandangkan inilah tahun pertama SMKT  membuka sesi petang bagi tingkatan 1 dan 2. Sukar juga pada awalnya mahu membina asas yang kukuh. Menyusun jadual yang mesti memberi ruang kepada pelajar untuk bersolat Zohor dan Asar, ditambah dengan perkongsian kelas yang kadang kala menimbulkan salah faham dan pergaduhan sekiranya kelas ditinggalkan dalam keadaan yang tidak memuaskan untuk sesi berikutnya memulakan kelas. Itu belum masuk lagi krisis kekurangan guru dan terpaksa pula kami meng’import’ guru pagi untuk mengajar sesi petang yang kami gelar mereka sebagai ‘Guru Dua Alam’  heh!

Sangat menjadi manusia sebenarnya aku di sini. Pertama kerana ini kerjaya pertama aku selepas mendapat aku grad dan terjun pula dalam bidang yang tak pernah aku impikan. Menjadi guru di hadapan pelajar, menjadi kakak di hati adik-adik, menjadi pekerja di mata majikan dan menjadi teman di samping kawan-kawan. Segala Puji Bagi Allah, semuanya diatur dengan baik .  Aku dimudahkan untuk menjalani semua itu dan menjadi insan terpilih.

Akhir 2010

Sudah aku tuliskan pada entry Sekolah Baru bagaimana resahnya aku mula menapak di sekolah ini. Aku hanya ada dua hari sahaja untuk bersedia fizikal dan mental sebelum mendaftar di sekolah baru. Perkara pertama yang aku dapat dari sekolah ini ialah, betapa mereka sukakan hiburan terutamanya tarian klasik dan moden kaum India. Mana tidaknya, persaraan guru pun dihidangkan dengan persembahan tarian. Itu belum lagi sambutan Hari Kemerdekaan. ‘Aku dah silap masuk sekolah ni’, itu perkataan yang keluar dari mulutku saat melihat mereka berjoget di atas pentas.

Tapi bila dah sebulan aku di sini, tiada apa pun yang mengasingkan aku sebenarnya. Perasaan awal-awal tu je lelebih risau. heh! Aku tetap dapat melayan pelajar yang majoriti India dengan baik, aku dapat mendalami isi hati mereka , mereka tak segan berkongsi masalah dengan aku dan aku dapat menyampaikan ilmu dengan tenang. Yang penting time Deepavali hari tu, aku dapat 2 balang kuih raya. hoho!

Tak lama tapi bermakna. Itu yang boleh aku simpulkan selama aku di sini. Sekiranya kita pandai mencari hikmah dan tidak menyalahkan takdir bukankah itu lagi manis untuk dikenang¿

Sebagai mengenang perjalanan aku di kedua-dua buah sekolah tersebut, aku selitkan beberapa gambar yang boleh aku abadikan.

SMKT


Pening kot jadi cikgu BM. Tambah-tambah bila nk semak karangan. Aduyai~


Hari Sukan. Aku guru Rumah Kuning. Kalo waktu sekolah dulu, rumah kuning ni kuat kot. Tapi kat sini, rumah kuning paling corot. hoho!


Corot-corot pun kami juara tarik tali. heh!

Hadiah Hari Lahir. Tq Idayu!


Hadiah Hari Guru. Penuh bakul moto nak bawa balik.

Jamuan Kelas 1 Visi. Say ChessE!

SMKSP

Majlis Jasamu Dikenang di Hotel Tower Regency

Pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas


Air Oren pun nk tangkap. heh!

Ada pertandingan makan epal. Aku pon join la dengan bebudak tu. Sekali dia bagi epal hijau. Memang tak leh blah la.. Dah bertahun kot aku tak makan epal hijau. Alasannya, aku tak suka makan benda masam-masam. Kecuali ikan pekasam mak andak buat. heh!


Jamuan Perpisahan merangkap makan-makan hari terkahir

Main rebut-rebut kerusi. Layankan aje`

 

 

 

 

 

 

 

 

Kelas 1 Cempaka

Jamuan Kelas 5 Cempaka

Jamuan Kelas 1 Bakawali

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.