Separuh hati… Itulah yang aku rasa sekarang apabila roda motosikalku berputar masuk ke pagar sekolah baruku ini.
‘Tumpang tanya, nak parking motor kat mana?’, tanyaku kepada pak guard sekolah dan turut didengari oleh 2 orang pengawas yang sedang menjalankan tugas. Namun reaksi yang ku dapat sangat menghampakan. Mereka hanya termangu-mangu dan mengerutkan dahi. ‘Tak paham bahasa Melayu ke?’, bentakku di dalam hati. Tanpa mahu memeningkan kepala, aku terus memulas minyak dan mencari tempat parking motorsikal.
Benarlah kata Kak Shidah, guru sekolah lamaku melalui perbualan telefon malam tadi. ‘K dapat sekolah tu, alamatnya macam K duduk kat Madras la..’, perli Kak Shidah kepadaku tanpa aku memahami maksudnya. Terbukti kini perlinya, apabila awal-awal lagi aku dah disambut ‘baik’ oleh pak guard yang berbangsa India itu. Hurm… Pangkah!
Akhirnya aku dapat mencari tempat untuk meletakkan Honda Wave Biru milik Abah (tapi aku rasa cam dah jadi harta aku je. uhuk`). ‘Bukannya susah pun nak tunjuk’, omelku sendirian.
Sedang aku menaiki tangga menuju ke pejabat untuk melaporkan diri, seorang guru perempuan menegurku dan katanya, ‘Eloklah kalau kita pergi ke perhimpunan dulu. Semua dah berkumpul di sana. Lepas tu, baru pergi lapor diri’. Aku mengangguk tanda mengerti.
Apabila tiba sahaja di tapak perhimpunan… Mak aih, ini bukan kat Madras ni macam dah kat Bombay pun ada… Agak terkejut aku sebenarnya kerana kulihat hanyalah lautan pelajar perempuan yang berkulit gelap. Aku cuba mencari-cari kelibat pelajar yang memakai tudung antara mereka tapi gagal. Pengacara majlis, baca ikrar, menaikkan bendera kesemuanya dilakukan oleh pengawas yang berbangsa India. Ada gak lak terselit seorang pelajar Melayu itupun sebagai pembaca doa. Owh no! aku benar-benar menaiki kapal terbang ke New Delhi. Ditambah pula ada sebuah kuil yang tersergam dan hanyalah dipisahkan oleh pagar daripada sekolah ini. Rupa-rupanya komuniti di kawasan ini majoriti India, barulah kutahu. Hati yang separuh tadi terasa makin jauh.
Aku bukanlah mahu mendiskriminasi hamba Allah tetapi agak jauh benar suasana yang kurasa sekarang daripada sekolah sebelum ini. Ya, mungkin nasib baik menyebelahiku kerana
- sekolah ini merupakan sekolah perempuan (dah sah-sah kurang masalah disiplin)
- enrolmen pelajar hanyalah sekitar 500 orang (senang nak kawal)
- jarak daripada sekolah ini ke rumahku hanyalah mengambil masa selama 20 minit berbanding 30 minit sebelum ini (leh bajet minyak)
Tapi melihatkan majoriti bukanlah seagama denganku membuatkan aku canggung dalam melangkah. Beza agama, beza bangsa, beza fahaman, beza pendapat, bukankah sukar untuk aku mencari titik pertemuan?
Kekadang rasa macam ada orang nak sabotaj aku je bila diarahkan bertukar di sini? Astaghfirullah.. think positif Along.. Allah takkan membebankan aku dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapi. Percayalah itu.
Kesimpulannya, aku sedang cuba untuk mencari hikmah pertukaran aku di sini. Berusaha untuk menjadi hamba yang sentiasa redha akan qada’ dan qadarNya. Aku kan kuat! Itulah yang selalu aku ungkapkan untuk menaikkan semangat aku. Biarlah di mana-mana pun, New Delhi ke Madras ke Bombay ke Kashmir ke bukankah terdapat ‘Taj Mahal’ di situ?
Bilik Guru
10.12 pagi/16 Ogos 2010



