Begitu lama aku rasakan aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang entry. Walaupun begitu banyak perkara yang sudah berlalu dari berita gembira hinggalah yang membuat aku menjatuhkan air mata, berlalu begitu saja tanpa aku menulisnya. Tak pelah, entry kali ini aku himpunkan semua itu.
30 Julai 2010-Jumaat
Perkara pertama bermula dengan kisah sedih.. Ya sedih… Baru semalam aku bergelak ketawa dan bergurau dengan mereka tapi pada hari Jumaat itu segalanya bagai diragut tanpa sebarang petanda. Ianya bermula apabila penyelia petang smkt berjumpa dengan aku ketika aku baru sahaja mahu melabuhkan diri di kerusiku setelah turun mengajar dari kelas 2 Aspirasi. Dia datang dengan riak yang agak sedih sambil tangannya memegang lembut tanganku. Dia membawa perkhabaran yang aku perlu ditukarkan ke sekolah lain atas arahan ppd dan perlu melaporkan diri pada Isnin depan. Bermakna hari itu merupakan hari terakhir aku di sini selepas 1 tahun 3 bulan berkhidmat. Sukar aku gambarkan perasaan ketika itu. Suka tidak sedih tidak… Aku hanya mengangguk perlahan tanda memahami penerangannya.
Namun tembok itu musnah apabila Kak Maria menerpa ke arahku dengan tangisan. Rupa-rupanya mereka lebih dahulu mengetahuinya sebelum aku. Selepas itu air mataku jatuh tidak henti, aku gagal untuk menahannya daripada keluar. Sukar benar aku menerima berita itu sebenarnya kerana aku hanya memiliki sekurang-kurangnya 4 jam untuk bersama mereka buat kali terakhir… Aku hanya sempat mengucapkan selamat tinggal kepada kelas yang berbaki pada petang itu sahaja. Teringat aku ketika aku menyatakan kepada kelas 2 Aspirasi sebentar tadi, bahawa aku akan menyambungkan pembelajaran pada hari Rabu hadapan. Rupa-rupanya perancangan Allah itu Maha Hebat daripada perancanganku. Tidak sempat pun hari itu datang, aku sudah dibawa pergi.
Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru kerana masih lagi sempat mengadakan jamuan perpisahan yang ringkas untukku. Walau aku kumpulkan segala harta di dunia ini untuk membayar segala budi baik, sokongan, dorongan, tunjuk ajar dan teguran guru-guru di situ namun ianya tetap tak berbalas. Kepada para pelajar yang sentiasa aku sayangi, aku doakan yang terbaik buat kalian semua.
Namun terselit juga naluriku sebagai seorang perempuan apabila aku dalam diam admire akan guru praktikal di situ. Aku terlalu leka memerhati peelnya setiap hari tambah-tambah apabila dia menyelit pensilnya di cuping telinganya dan telatah dia bersama tuala ‘good morning’nya. Selepas aku menghabiskan ucapan perpisahan kepada guru-guru di situ tepukan yang kuat diberikan olehnya kepadaku. Mataku mencari siapakah gerangan yang memberikan tepukan semangat itu, rupanya dia. Owh.. Hanya tersenyum sendiri apabila aku mengingatkannya..
Dan hujan lebat pada petang itu mengiringi langkah terakhirku di situ…. Semoga Bertemu lagi SMKT!!
Antara moment yang sempat aku capture hari terakhir aku di sini

Kelas 1 Visi. Aku mengajar mereka subjek Bahasa Melayu dan Sejarah

Kelas 2 Inovatif. Aku mengajar mereka subjek Geografi
Pelajar perempuan kelas 1 Wawasan. Aku mengajar mereka subjek Sejarah
Hujan yang mengiringi pemergianku
Aku tinggalkan kenangan aku di smkt dengan lagu ini.
Tinggal Kenangan
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
7 Ogos 2010-Sabtu
Aku dahului perkara seterusnya dengan ucapan Tahniah kepada Angah atas pertunangannya dengan pasangannya. Agak gementar kami sekeluarga menanti hari bermakna tersebut kerana ini merupakan kali pertama keluargaku menjalankan majlis ini. Alhamdulillah dengan izinnya, majlis tersebut berjalan dengan baik. Harap sangat majlis perkahwinan yang dirancang dalam waktu yang singkat ini juga akan berjalan dengan baik. To Angah, walaupun dari dulu ko mesti lebih daripada Along, tapi percayalah sekelumit dari hati ini tidak menyimpan sebarang dendam. Along salute dengan kekuatan dan pendirian ko.
8 Ogos 2010-Ahad
Razi mencapai umurnya 15 tahun pada hari ini. Walaupun dipisahkan oleh jarak tapi kami tetap mengingati tarikh ini. Mana tidaknya dia hanya seorang adik lelaki yang aku ada di dunia ini. Semua orang di dunia ini menyambut gembira apabila tiba tarikh hari lahir. Begitu juga dengan kami. Be a good muslim Razi!
15 Ogos 2010-Ahad
Razi sedang menghadapi percubaan PMR nya dari hari ini. Dia satu-satunya yang masih lagi bersekolah antara kami. Kadang-kadang aku terlupa yang aku perlu memberikan perhatian dan perbanyakkan doa untuknya kerana dia seorang sahaja yang tinggal yang masih lagi mencari tapak untuk hidup. Dia juga sorang adik lelaki yang aku ada. Kesian padanya.. Tidak Razi, Along tidak akan lupa akan tanggungjawab Along pada Razi. Along akan sentiasa doakan untuk kejayaan dan ketenangan Razi. Semoga segala usaha Razi mendapat berkat. Along tiupkan semangat dari jauh k`
Ok! Thats it! Hari berganti hari dan minggu berganti minggu… Sedar tak sedar semua itu telah aku tinggalkan..
Owh ya, Salam Ramadhan kepada semua. Sekali lagi aku telah diberi peluang untuk hidup pada Ramadhan kali ini. Harap sangat Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelum ini. InsyaAllah…


