Atas ajakan Kak Dayang, iaitu guru Geografi merangkap Ketua Panitia Geografi sekolah, aku telah mengikuti XPDC Perak Man di Lenggong Perak. Perak Man? Siapa dia tu kak? Soalan aku ajukan kepada Kak Dayang sebagai respons ajakannya kepadaku minggu lepas. Perak Man tu rangka manusia yang hidup pada zaman prasejarah dan ditemui di Gua Gunung Runtuh, Lenggong. Kita nak ke sana la nanti. Nak pergi tengok tempat dia dijumpai. Ooo.. jawabku ringkas. Bunyi macam menarik tapi agak mendebarkan juga bila memikirkan kami terpaksa redah hutan, panjat bukit dan memasuki gua untuk sampai ke sana. Uhuk` Namun sempat juga dia mengeluarkan kata-kata sinis, bujang-bujang ni eloklah ambil peluang gi masuk hutan nanti bila dah kahwin jangan harap suami bagi ikut dah. huhu. OK2!, jawabku tanda mengalah.
Pada 5 Jun 2010 pukul 6.35 pagi aku telah sampai di depan pagar sekolah dan aku lihat ramai pelajar sudah berkumpul di tempat menunggu bas. Pada pukul 7.00 pagi bas kami pun sampai dan mula bertolak pada pukul 7.15 pagi.
Kami singgah sarapan sebentar di kawasan R & R Selat Pagar. Elok benar la pun makan dulu kang nak panjat bukit tak de la sangkut-sangkut. Uhuk!
Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai di Kampung Ulu Jepai iaitu sebuah perkampungan Melayu. Tenang saja tempatnya. Mungkin kerana jauh dari kesibukan kota membuatkan aku rasa damai di situ melihatkan kehijauan tempatnya yang nyata dikelilingi hutan dan bukit. XPDC kami bermula dari sini, di mana kami diangkut oleh sebuah Isuzu Rodeo hingga ke tempat perkumpulan sebelum mendaki Bukit Kepala Gajah dan seterusnya memasuki Gua Gunung Runtuh di mana rangka Perak Man ditemui. 3,4 kali gak la Isuzu tu duk berulang mengangkut kami yang seramai 36 orang pelajar bersama 6 orang guru.

Sekitar kawasan kampung

Berarak menaiki Isuzu Rodeo

Laluan ke Gua Gunung Runtuh
Sebelum memulakan XPDC, ketua XPDC yang kami panggil Pak Su (dia juga merupakan suami kepada Kak Dayang) meminta kami membaca doa. Katanya dalam hutan ni macam-macam ada. Mulut tu jangan celupar. Ada mata tengok ada mulut diam. Saat dia mengingatkan kami hal itu bulu roma ku sedikit menegak. Tambahnya juga ada yang mengikuti XPDC sebelum ni keluar je dari hutan tu, cakap bahasa Siam. Padahal orang tu berbangsa Melayu dan bertutur bahasa Melayu. Mungkin ada ‘sesuatu’ yang telah memasuki dalam aliran darahnya. Fuh~ Sedikit gementar.

Mendengar taklimat sebelum memulakan XPDC
Selepas bacaan doa, kami memulakan XPDC. Kami semua diminta untuk bergerak dalam barisan mengikut kumpulan masing-masing. Sepanjang perjalanan, mulutku tidak putus-putus membaca Ayat Kursi untuk pertahanan diri. Dari jauh, sudah kulihat bukit yang bakal aku daki. Uish! biar betul ni, boleh sampai ke ni? bisikku dalam hati.

Mula bergerak dalam barisan
Apabila tiba saja saat separuh bukit aku daki, peluh mula menitik tidak henti, jantungku mengepam darah semakin laju, aku sudah mula kedengaran suara-suara keletihan anak muridku yang berada di barisan hadapan. Cikgu, jauh lagi ke? Erk, sabar-sabar naik pelan-pelan, kataku yang ingin mententeramkan hati mereka. Cikgu, berhenti dulu la.. tak larat.. kata anak muridku yang sedikit gempal badannya. Ok2, kita rehat sekejap. Namun tidak lama, kerana hari semakin panas, matahari semakin berada di atas kepala kami. XPDC kami semakin sukar apabila bukit tersebut semakin curam dan trek masih basah mungkin kerana hujan turun sebelum itu.

Separuh perjalanan di kaki bukit
Akhirnya kami sampai ke Gua Gunung Runtuh tersebut. Gelapnya.. Ini dia tapak di mana rangka Perak Man dijumpai oleh sekumpulan ahli arkeologi USM pada tahun 1990, terang ketua XPDC kami. Kena masuk seorang demi seorang kerana tempatnya sempit tambahnya lagi. Namun rangkanya tiada di situ kerana sudah di bawa ke tempat yang lebih terjaga. Aku tidak pasti di mana. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk mentelaah tapak tersebut. Ramai lagi yang menunggu giliran.

Anak panah hijau menunjukkan tapak rangka Perak Man ditemui
Aku difahamkan di bukit ini sahaja terdapat 13 gua. Selepas ini kami semua sudah sepakat untuk ke Gua Puteri pula. Kata Kak Dayang trek untuk ke Gua Puteri tidak seperti cabaran ke Gua Gunung Runtuh. Laluannya mendatar sahaja. Aku menarik lafas lega. Namun begitu, kali ini tiada Isuzu Rodeo yang mengangkut kami. Kami terpaksa berjalan kaki dari sini. Walaupun tidak perlu mendakit bukit tapi perjalanannya agak jauh juga dari Gua Gunung Runtuh ini.

Langkah untuk turun dari bukit

Aku menuruni bukit

Meneruskan perjalanan ke Gua Puteri
Pada pukul 12.30 tengah hari, kami sampai di Gua Puteri. Sebelum kami memasuki gua tersebut, kami sama-sama menjamah makanan tengah hari terlebih dahulu. Maklumlah sudah hilang tenaganya selepas mengukur jalan. Ahaks` . Dengan hanya beralaskan plastik hitam yang aku bawa dan sebotol air yang dikongsi bersama 3 orang, kami mula menikmati hidangan di hadapan pintu gua yang berdebu itu. Itu saja tempat strategik untuk kami menjamu selera. Hentam sajalah, dah duk dalam hutan skang mana nak cari tempat yang lebih selesa. Masalah pula bagi kami apabila tiada bekalan air yang mencukupi untuk membasuh tangan. Adeh~ nak minum pun tak cukup apatah lagi nak membasuh tangan. Apa lagi aku hanya mengelap tanganku dengan tisu yang aku sudah titiskan air sedikit. Jadilah.. Inilah survive namanya. HohO! Aku sudah mula merasakan keseronokan cabaran di sini.

Sampai sudah… fuh…

Melepaskan lelah sebentar
Pada pukul 1.00 petang, kami menyambung perjalanan kami untuk memasuki Gua Puteri. Tidaklah sesukar mana untuk ke sini kerana sudah ada laluan yang khas untuk pengunjung seperti kami. Lebih gelap lagi Gua Puteri ini berbanding gua sebelum ini sehingga memaksa aku memasang lampu picit. Ada kisah sebenarnya di sebalik Gua Puteri ini, tapi aku kurang memahaminya. Apa yang diterangkan ialah di sini terdapat beberapa hantaran kepada puteri dan kelambu puteri yang sudah disumpah. Aku cuba untuk menangkap gambar tapi tidak jelas kerana aku hanya menggunakan s500i yang tidak berteknologi untuk men’capture’ gambar dalam gua. Huhu`

Trek ke Gua Puteri

Pintu Gua Puteri

Pemandangan dari dalam Gua Puteri

Pelan-pelan turun tu!

Berehat sebentar sebelum ke gua seterusnya. Budget ingat aku nak letak dalam fb padahal acc fb aku pun tak ada.huh~

Sebahagian daripada guru dan pelajar yang terlibat
Selepas itu kami pergi ke gua yang seterusnya. Lupa plak aku apa nama guanya. Namun laluan untuk memasuki gua tersebut lebih sukar dari sebelum ini kerana lubangnya hanya sebesar lubang tikus. Betul, kecik gler! Apabila sampai sahaja giliran aku, aku mula terpinga-pinga. Eh, macam mana nak masuk ni? Masuk kaki dulu, kata ketua XPDC kami. Ok2, jawabku sebagai tanda menerima arahannya. Akhirnya selamat juga aku masuk ke gua tersebut. Mak aih! gua ni lagi gelap, baru aku tersedar yang aku keseorangan di dalam gua tersebut kerana yang lain sudah melepasi ke hadapan. Aku memberanikan diri dan cuba untuk menunggu Kak Kaiyisah yang sedang memboloskan diri. K, tunggu akak! Ye, kak! saya ada ni. Nampaknya dia juga gerun dengan keadaan sekeliling. Kemudian kami memasang lampu picit, aku memberanikan diri untuk menyuluh bahagian atas gua. Akak, tengok tu! Aku menunjukkan kepadanya beberapa ekor kelawar yang sedang tidur di bumbung gua tersebut. Kecil saja saiznya. Tiba-tiba aku rasa seperti aku sudah memijak sesuatu. Rupa-rupanya aku telah memijak najis kelawar. Hoho! bukan main semerbak baunya. Lantas kami menuju ke jalan keluar. Dari situ sudah aku lihat sinaran cahaya matahari dan pembimbing XPDC kami menunggu kami di muka pintu gua memastikan agar setiap daripada kami selamat keluar dari gua tersebut. Syukur.. Nikmatnya apabila dapat melihat sinaran matahari semula.

Menunggu giliran untuk masuk ke gua seterusnya. Boleh lepas ke ni?

Lega.. lepas juga akhirnya.. huhu
Berakhirlah XPDC kami. Kemudian kami dibawa ke tempat penginapan kami iaitu di Lata Lawin. Elok benarlah tu, badan aku pun dah berbau semacam dan kaki mula terasa sengalnya.

Bergerak ke Lata Lawin
Dalam pukul 3.00 petang, kami sudah sampai ke Lata Lawin. Tenangnya aku melihat air sungai di situ. Terdapat juga beberapa pengunjung yang membawa keluarga mereka menikmati kesejukan air sungai. Kami telah diarah untuk mendirikan khemah masing-masing? Khemah? Setahu aku, Kak Dayang kata guru-guru akan tidur di gazebo yang tertutup. Tetapi kenapa kami kena dirikan khemah ni? Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku tidur di dalam khemah apatah lagi di dalam hutan begini. Atas beberapa salah faham, ternyata guru-guru terpaksa tidur di dalam khemah. Tak apalah, aku malas nak banya songeh kerana apa yang lebih penting sekarang ialah aku perlu mandi dan solat jamak.

Sedikit taklimat daripada Pak Su sebelum pelajar dilepaskan untuk aktiviti bebas

Inilah tempat kami beradu

Deruan sungai yang mendamaikan

Andai hatiku setenang air sungai yang mengalir lembut…
Pada malamnya kami menikmati makanan yang sangat enak bertemankan deruan air sungai. Kami dihidangkan ikan ara bakar dan ayam bakar bercicahkan air asam, hotdog dan nuget. Pergh! kenyang.. Alhamdulillah.
Aktiviti diteruskan bersama Pak Su dan 6 orang pelatih praktikal Jabatan Alam Sekitar yang melibatkan para pelajar. Pelajar-pelajarku sangat sporting melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan tersebut. Mereka diminta untuk mencari kumpulan masing-masing dengan membuat bunyi binatang dan sebagainya. Lebih kurang pukul 11.30 malam, Pak Su melepaskan pelajar untuk tidur. Aku tidak tidur lena kerana tidak selesa dan sedikit miang ditambah dengan kakiku yang sudah menunjukkan sengalnya. Bunyi deruan air sungai yang kusangka hujan turut menggangguku.

Aktiviti bersama Jabatan Alam Sekitar. (p/s Sila perhatikan mamat yang sedang membelek hs itu. ahaks`)

Aktiviti bersama Jabatan Alam Sekitar
Aku sudah bangun pada pukul 5.30 pagi tetapi masih belum berani untuk keluar dari khemah. Apa la aku ni, apa yang aku risau sangat. Aku yakin sesiapan pun belum terjaga dari tidur. Sehingga pukul 6.15 pagi aku terkebil-kebil, barulah aku mengejut Kak Ismawati yang tidur di sebelahku untuk bangun.
Nyamannya.. pukul 6.30 pagi aku sudah melihat air sungai yang mengalir tenang. Subhanallah.. Aku menunggu pukul 8.00 pagi untuk mandi sungai bersama Kak Kaiyisah. Tapi tidaklah mandi sangat sebenarnya hanya lebih kepada merendamkan diri kerana aku segan untuk berlebih-lebihan di hadapan anak muridku. Menggigil badanku apabila direndami air sungai.

Pukul 7.00 pagi di Lata Lawin

Pemandangan di Lata Lawin

Pemandangan di Lata Lawin

Welcome!
Selepas itu kami bersiap-siap untuk pulang, meruntuhkan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan kami. Dalam pukul 12.00 tengah hari kami bergerak keluar dari Lata Lawin menaiki bas untuk ke Muzium Arkeologi, Lenggong destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Tambun.
Hanya mengambil masa selama 30 minit untuk ke sana. Kagum aku melihat dan membaca khazanah sejarah yang sudah ditinggalkan pada 11000 tahun yang lalu. Kebanyakkannya memerihalkan mengenai Perak Man.

Cikgu ambil gambar kitaorg! (nak jugak..)

Who is Perak Man

Alatan semasa Zaman Paleolitik

Alatan semasa Zaman Neolitik

Alatan semasa Zaman Logam

Muzium Arkeologi Lenggong
Apabila tepat jam pukul 1.00 petang, kami bergerak keluar dari muzium tersebut. Kami singgah di Restoran Tasik Raban untuk menikmati makan tengah hari. Rambang mata aku dibuatnya melihat masakan kampung yang disediakan. Seperti biasa, aku menyedok makanan kegemaranku iaitu ikan keli dan tauhu. Best2!

Restoran Tasik Raban

Ni la Tasik Raban
Kemudian kami pun meneruskan perjalanan pulang. Sekitar jam 3.00 petang kami tiba di hadapan sekolah. Aku menunggu Mak Uda membawa aku pulang ke rumah. Aku bersyukur kerana XPDC ini berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dan perkara yang tidak diingini. Sekiranya ada lagi XPDC selepas ini, pasti aku akan tidak melepaskan peluang. Tq Kak Dayang!


