Lamanya aku tak update blog. rindu kot nak menulis tapi atas kekangan waktu dan komputer aku skali buat hal gak menyekat aku untuk berada di sini.
Padahal banyak je nak tulis ni. aku dah terlepas dua benda untuk mengarang. pertama mengenai hari lahir aku pada 20 April lepas. wah!! dah 24 tahun rupanya~. kenapa aku rasa cam laju je umur dah meningkat. rasa cam baru merasa umur 21 tahun. uhuk~ berangan2… anyway, seringkasnya aku nak ucapkan terima kasih dan syukran jazilan kepada mak dan ida yang hadiahkan handbag serta high heels. best2!. heh~
Perkara kedua plak yang aku terlepas nak kongsi ialah, sempena hari guru 18 Mei yang lalu. ni kali kedua aku meraikannya di sekolah yang sama. tak sangka rezeki ada untuk kali kedua. not bad la sambutannya. para pelajar banyak buat persembahan- lakonan,nyanyian dan sajak. tapi surprise gak kat aku sebab banyak dapat hadiah on that day. terima kasih bebanyak anak muridku. tapi tahun ni tak dapat hadiah lukisan wajah aku cam tahun lepas (rujuk pic di sebelah. heh`) hurm… bila difikirkan balik, memang la seronok sebab ada yang menghargai jasa kita tapi sebenarnya aku merasakan mereka akan expect lebih dari aku. barulah berbaloi dengan penghargaan yang diterima. aku kena lebih bekerja keras untuk pastikan ilmu yang disampaikan itu sangat berbaloi untuk mereka. dan aku kena pastikan mereka dapat hak yang sewajarnya. Ya Allah, bantulah hamba yang lemah ini…
Itu je kot perkara yang terlepas untuk aku karang pada waktu dan masa yang sebenarnya. tak pelah, walaupun dah terlepas jauh ianya tetap jadi kenangan untuk aku. Teruskan berjuang along!
. Oh, lupa plak` anak murid aku skang tengah peperiksaan pertengahan tahun sampai hari terakhir sekolah sebelum cuti ni. So, CK nak ucapkan Semoga Berjaya! Jangan Putus Asa k!.


