Fuh~ Sudah dua minggu masuk sekolah, baru sekarang ada masa nak menulis. Punya la sibuk dengan kerja. Hari pertama daftar je (18hb Jan) sudah menimbun kerja atas mejaku.
Atas ketentuan Dia, aku sekali lagi dapat berkhidmat di sekolah yang sama tahun lepas. Alhamdulillah, itu yang terbaik untuk aku. Apabila hari pertama mendaftar, semua guru-guru menyambut kembali aku dengan penuh mesra. Terutamanya guru yang mengharap dapat berjumpa aku untuk tahun ini apabila aku menamatkan perkhidmatan tahun lepas. Harap-harap huluran mereka itu benar-benar ikhlas.
Tahun ini sekolah tu sudah menjadi dua sesi dan aku telah ditempatkan untuk mengajar sesi petang (1.05 petang – 6.40 petang). Apabila aku mendapat jadual waktu, aku tidak terkejut bila diminta untuk mengajar subjek Geografi tapi agak sedikit terkejut ungka bila subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni turut berada dalam jadual waktuku. uhuk~ Kenapa la sejak akhir-akhir Ini sesuatu yang aku tak minat, yang aku nak elak akhirnya datang juga pada aku. Dan aku terpaksa menghadapinya. Benci sangat kat sesuatu pun tak boleh juga kan. Bersederhana- itu yang sepatutnya.
Ternyata sangat berbeza hidupku tahun ini dengan tahun lepas. Apabila ditugas untuk mengajar sesi petang, segala urusanku turut berubah. Jika tahun lepas bila balik sekolah, boleh la jalan-jalan, makan-makan di Giant, belek-belek buku baru di MPH JJ tapi sekarang tidak lagi. Walaupun sekolah petang, aku tetap bangun awal untuk mengemas rumah then bersiap pergi ke sekolah. Sampai sekolah dalam pukul 11 pagi (30minit perjalanan ke sekolah). Itu pun kalau tiada latihan rumah sukan, kalau ada pukul 8.30 pagi sudah kena ada di padang sekolah. Bila tiba waktu balik lagi la kelam kabut. Kebanyakan kelas aku pada waktu akhir sekolah, dan selalunya akulah orang terakhir keluar dari bilik guru tu. Turun je dari kelas, lampu bilik guru semua dah ditutup.uhuk~ Ye la, siapa la nak duduk lama-lama kat sekolah selepas pukul 6.40 petang kan.huhu.. Tapi kalau mengajar sesi pagi, habis sekolah pukul 2.30 petang aku boleh stay back lg untuk kemas kini buku rekod mengajar dan prepare untuk mengajar esok. Sekarang tidak lagi. Waktu mengajar pun sudah menjadi singkat kerana para pelajar akan mengambil masa P&P untuk solat zohor dan asar. Jadi kena la aku pandai-pandai uruskan masa supaya aku boleh habis mengajar sebelum melepaskan mereka untuk keluar solat.
Mengajar sesi petang bermakna hanya melibatkan diri dengan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Jadi tak perlulah aku mengadap pelajar-pelajar ’upper form’ yang bongkak itu. hoho` Dengan ’lower form’ ni boleh la aku main jentik-jentik sikit. heh. Mereka pun masih lagi perlu dibantu dan sentiasa bersedia untuk berubah berlainan dengan pelajar-pelajar ’upper form’ yang sentiasa fikir mereka sudah besar dan amat liat untuk menerima teguran dan nasihat. Betul, tak tipu`
Tahun lepas aku masuk bulan April tapi tahun ni bulan Januari aku sudah masuk ke sekolah dan segala rancangan aktiviti sekolah beserta tugas-tugas guru awal-awal lagi sudah disiapkan. Aku sendiri pun tak dapat nak ingat semua, nama aku dimasukkan di dalam tugas-tugas yang mana sebab banyak sangat (tugas guru bukan mengajar sahaja). Yang pasti aku menjadi Setiausaha Panitia Geografi, Setiausaha II Unit Dokumentasi Pengurusan Sekolah, AJK Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling, Guru Rumah Sukan Kuning, Guru Penasihat Persatuan Seni Kreatif dan Guru Penasihat Persatuan Muay Thai. Actually aku tak dapat nak ingat exactly nama jawatan tu. Ada lagi ni tapi ini je yang dapat aku ingat. huhu.. nanti aku rujuk balik buku takwim sekolah. Tertinggal atas meja guru plak.. Aku update kemudian k.
So, aku harap permulaan, pertengahan dan pengakhiran aku di sekolah ini adalah baik dan sentiasa mendapat berkat. Pernah aku ditanya oleh seorang pelajar tingkatan 1 – ’Cikgu, kenapa cikgu nak jadi cikgu¿’. Tanpa berfikir panjang aku menjawab ’Sebab saya nak ajar awak jadi pandai’. Dia hanya diam mendengar jawapan aku. Sungguh, kalau mula-mula aku kerja tahun lepas, aku hanya fikirkan ganjaran dan pulangan berbentuk wang tapi bila sudah lama-lama ni kepuasan hati lagi penting. Puas melihat anak murid dapat mempraktikkan apa yang diajar, puas aku dapat mencurahkan ilmu yang baru kepada mereka, puas melihat mereka mengangguk faham ketika aku menyampikan ilmu.. berkatnya sama-sama la kita perolehi. InsyaAllah..
Mengajar bukan bererti kita sudah pandai dan belajar bukan bermakna kita bodoh..


