Yang Mana Satu Untukku¿

Aku fikir aku sudah pun membuat pilihan yang tepat untuk masa depanku. Sama ada menyambung pelajaran di peringkat ‘master’ atau pun bekerja. Tapi rupanya tidak, aku masih goyah dengan pendirianku sendiri.

Aku menerima ‘sms’ daripada sahabatku semasa belajar di UM dulu. Katanya dia sudah pun mendaftar sebagai pelajar ‘master’ di UPSI pada Sabtu minggu lepas dan akan memulakan pengajiannya pada 17 Disember 2009. Tahniah aku ucapkan kepada dia. Tapi jauh di sudut hatiku, aku amat cemburu akan peluang yang dia dapat. Peluang untuk menambahkan lagi ilmu. Segalanya berjalan lancar.

Kuajukan soalan kepadanya, mengapa dia ingin menyambung pelajaran dan tidak meneruskan kerjayanya sebagai guru yang menjanjikan pulangan yang besar¿. Katanya, dia belum bersedia sepenuhnya untuk menempuh alam pekerjaan dan masih merindui saat-saat menimba ilmu bersama kawan-kawan.

Alasan aku untuk menyambung ‘master’ bukanlah kerana ingin lari dari realiti sekarang yang makin sukar untuk menempatkan diri di alam pekerjaan tetapi ingin meningkatkan lagi intelektual diri dan aku ingin mencabar diri aku sendiri sejauh mana aku boleh pergi dalam bidang pelajaran. Adakah aku boleh meletakkan gelaran Dr atau Prof di pangkal namaku¿

Setelah ditimbang beberapa perkara dan melihatkan keadaan sekeliling, terutamanya kedudukan famili aku sekarang, ianya menuntut aku untuk bekerja. Bukankah dulu aku pernah berjanji dengan diri sendiri untuk membantu meringankan bebanan keluargaku. Aku amat tidak sabar untuk menghabiskan pengajian ijazahku kerana ingin cepat-cepat bekerja. Ya, aku tidak lupa akan itu`.

Setelah lapan bulan bekerja, pernah juga aku cuba bertanya kepada emak, apakah pendapatnya sekiranya aku ingin menyambung ‘master’. Sebenarnya aku sudah maklum akan jawapannya, tapi aku sekadar ingin mencuba. Mana tahu kalau mak dah mengubah fikirannya. Namun begitu jawapan yang keluar tetap seperti sebelum ini, sedikit mengecewakan aku. Tapi aku tahu redha Allah datangnya dari redha mak dan abah. Seperti juga kata ‘pakcik’ ku kebahagiaan anak terletak pada kebahagiaan mak dan ayah mereka. Tq ‘pakcik’, you remind of that. Akhirnya, aku memilih untuk tidak lagi memikirkan pengajian ‘master’.

So, sekarang di sinilah aku.. menjadi pendidik kepada anak bangsa. Satu lagi percaturan hidupku bermula. Moga dengan pengorbanan ini, dapat digantikan dengan sesuatu yang lebih baik darinya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.