Back to School
Fuh~ Sudah dua minggu masuk sekolah, baru sekarang ada masa nak menulis. Punya la sibuk dengan kerja. Hari pertama daftar je (18hb Jan) sudah menimbun kerja atas mejaku.
Atas ketentuan Dia, aku sekali lagi dapat berkhidmat di sekolah yang sama tahun lepas. Alhamdulillah, itu yang terbaik untuk aku. Apabila hari pertama mendaftar, semua guru-guru menyambut kembali aku dengan penuh mesra. Terutamanya guru yang mengharap dapat berjumpa aku untuk tahun ini apabila aku menamatkan perkhidmatan tahun lepas. Harap-harap huluran mereka itu benar-benar ikhlas.
Tahun ini sekolah tu sudah menjadi dua sesi dan aku telah ditempatkan untuk mengajar sesi petang (1.05 petang – 6.40 petang). Apabila aku mendapat jadual waktu, aku tidak terkejut bila diminta untuk mengajar subjek Geografi tapi agak sedikit terkejut ungka bila subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni turut berada dalam jadual waktuku. uhuk~ Kenapa la sejak akhir-akhir Ini sesuatu yang aku tak minat, yang aku nak elak akhirnya datang juga pada aku. Dan aku terpaksa menghadapinya. Benci sangat kat sesuatu pun tak boleh juga kan. Bersederhana- itu yang sepatutnya.
Ternyata sangat berbeza hidupku tahun ini dengan tahun lepas. Apabila ditugas untuk mengajar sesi petang, segala urusanku turut berubah. Jika tahun lepas bila balik sekolah, boleh la jalan-jalan, makan-makan di Giant, belek-belek buku baru di MPH JJ tapi sekarang tidak lagi. Walaupun sekolah petang, aku tetap bangun awal untuk mengemas rumah then bersiap pergi ke sekolah. Sampai sekolah dalam pukul 11 pagi (30minit perjalanan ke sekolah). Itu pun kalau tiada latihan rumah sukan, kalau ada pukul 8.30 pagi sudah kena ada di padang sekolah. Bila tiba waktu balik lagi la kelam kabut. Kebanyakan kelas aku pada waktu akhir sekolah, dan selalunya akulah orang terakhir keluar dari bilik guru tu. Turun je dari kelas, lampu bilik guru semua dah ditutup.uhuk~ Ye la, siapa la nak duduk lama-lama kat sekolah selepas pukul 6.40 petang kan.huhu.. Tapi kalau mengajar sesi pagi, habis sekolah pukul 2.30 petang aku boleh stay back lg untuk kemas kini buku rekod mengajar dan prepare untuk mengajar esok. Sekarang tidak lagi. Waktu mengajar pun sudah menjadi singkat kerana para pelajar akan mengambil masa P&P untuk solat zohor dan asar. Jadi kena la aku pandai-pandai uruskan masa supaya aku boleh habis mengajar sebelum melepaskan mereka untuk keluar solat.
Mengajar sesi petang bermakna hanya melibatkan diri dengan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Jadi tak perlulah aku mengadap pelajar-pelajar ’upper form’ yang bongkak itu. hoho` Dengan ’lower form’ ni boleh la aku main jentik-jentik sikit. heh. Mereka pun masih lagi perlu dibantu dan sentiasa bersedia untuk berubah berlainan dengan pelajar-pelajar ’upper form’ yang sentiasa fikir mereka sudah besar dan amat liat untuk menerima teguran dan nasihat. Betul, tak tipu`
Tahun lepas aku masuk bulan April tapi tahun ni bulan Januari aku sudah masuk ke sekolah dan segala rancangan aktiviti sekolah beserta tugas-tugas guru awal-awal lagi sudah disiapkan. Aku sendiri pun tak dapat nak ingat semua, nama aku dimasukkan di dalam tugas-tugas yang mana sebab banyak sangat (tugas guru bukan mengajar sahaja). Yang pasti aku menjadi Setiausaha Panitia Geografi, Setiausaha II Unit Dokumentasi Pengurusan Sekolah, AJK Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling, Guru Rumah Sukan Kuning, Guru Penasihat Persatuan Seni Kreatif dan Guru Penasihat Persatuan Muay Thai. Actually aku tak dapat nak ingat exactly nama jawatan tu. Ada lagi ni tapi ini je yang dapat aku ingat. huhu.. nanti aku rujuk balik buku takwim sekolah. Tertinggal atas meja guru plak.. Aku update kemudian k.
So, aku harap permulaan, pertengahan dan pengakhiran aku di sekolah ini adalah baik dan sentiasa mendapat berkat. Pernah aku ditanya oleh seorang pelajar tingkatan 1 – ’Cikgu, kenapa cikgu nak jadi cikgu¿’. Tanpa berfikir panjang aku menjawab ’Sebab saya nak ajar awak jadi pandai’. Dia hanya diam mendengar jawapan aku. Sungguh, kalau mula-mula aku kerja tahun lepas, aku hanya fikirkan ganjaran dan pulangan berbentuk wang tapi bila sudah lama-lama ni kepuasan hati lagi penting. Puas melihat anak murid dapat mempraktikkan apa yang diajar, puas aku dapat mencurahkan ilmu yang baru kepada mereka, puas melihat mereka mengangguk faham ketika aku menyampikan ilmu.. berkatnya sama-sama la kita perolehi. InsyaAllah..
Mengajar bukan bererti kita sudah pandai dan belajar bukan bermakna kita bodoh..
I Think, I Feel

Pentas Realiti – Aspirasi Seni. Ditulis oleh Fakhrul Anour. Koleksi cerpen mengenai cinta pada diri sendiri, keluarga, kawan dan orang sekeliling.
Tq pakcik for this book.
‘Hipokrit terhadap cinta adalah perkara sia-sia.
Hidup itu satu kemestian,
cinta itu pula satu keperluan’.
Tak Bisa Memilihmu
Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu
Dalam ruang dan waktu
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu
Resahku tanpa hadirmu
Sungguh berat hatiku merasakannya
Salahku mencintai dirinya
saat jauhku terpisah darimu
Dan hadirnya menyentuh hatiku
Untuk cintainya
Hatiku menginginkannya
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku…
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Di dalam hatiku tuk mencintainya…
(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)
Putus Sudah Kasih Sayang

Nampak macam sangat perit je entry kali ni. Tapi itulah hakikatnya. Apabila satu petang lepas aku menerima berita dari teman sepermainanku dulu. Isterinya ingin meminta cerai daripadanya. Yerp, cerai.. Setelah 2 tahun hidup sebagai suami isteri akhirnya mereka memutuskan untuk berpisah. Nyata perpisahan hidup lebih membawa kesan daripada perpisahan dua dunia. Kalau itu jalan yang terbaik untuk mereka, aku doakan mereka tabah untuk menghadapinya…
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..
Yang Mana Satu Untukku¿
Aku fikir aku sudah pun membuat pilihan yang tepat untuk masa depanku. Sama ada menyambung pelajaran di peringkat ‘master’ atau pun bekerja. Tapi rupanya tidak, aku masih goyah dengan pendirianku sendiri.
Aku menerima ’sms’ daripada sahabatku semasa belajar di UM dulu. Katanya dia sudah pun mendaftar sebagai pelajar ‘master’ di UPSI pada Sabtu minggu lepas dan akan memulakan pengajiannya pada 17 Disember 2009. Tahniah aku ucapkan kepada dia. Tapi jauh di sudut hatiku, aku amat cemburu akan peluang yang dia dapat. Peluang untuk menambahkan lagi ilmu. Segalanya berjalan lancar.
Kuajukan soalan kepadanya, mengapa dia ingin menyambung pelajaran dan tidak meneruskan kerjayanya sebagai guru yang menjanjikan pulangan yang besar¿. Katanya, dia belum bersedia sepenuhnya untuk menempuh alam pekerjaan dan masih merindui saat-saat menimba ilmu bersama kawan-kawan.
Alasan aku untuk menyambung ‘master’ bukanlah kerana ingin lari dari realiti sekarang yang makin sukar untuk menempatkan diri di alam pekerjaan tetapi ingin meningkatkan lagi intelektual diri dan aku ingin mencabar diri aku sendiri sejauh mana aku boleh pergi dalam bidang pelajaran. Adakah aku boleh meletakkan gelaran Dr atau Prof di pangkal namaku¿
Setelah ditimbang beberapa perkara dan melihatkan keadaan sekeliling, terutamanya kedudukan famili aku sekarang, ianya menuntut aku untuk bekerja. Bukankah dulu aku pernah berjanji dengan diri sendiri untuk membantu meringankan bebanan keluargaku. Aku amat tidak sabar untuk menghabiskan pengajian ijazahku kerana ingin cepat-cepat bekerja. Ya, aku tidak lupa akan itu`.
Setelah lapan bulan bekerja, pernah juga aku cuba bertanya kepada emak, apakah pendapatnya sekiranya aku ingin menyambung ‘master’. Sebenarnya aku sudah maklum akan jawapannya, tapi aku sekadar ingin mencuba. Mana tahu kalau mak dah mengubah fikirannya. Namun begitu jawapan yang keluar tetap seperti sebelum ini, sedikit mengecewakan aku. Tapi aku tahu redha Allah datangnya dari redha mak dan abah. Seperti juga kata ‘pakcik’ ku kebahagiaan anak terletak pada kebahagiaan mak dan ayah mereka. Tq ‘pakcik’, you remind of that. Akhirnya, aku memilih untuk tidak lagi memikirkan pengajian ‘master’.
So, sekarang di sinilah aku.. menjadi pendidik kepada anak bangsa. Satu lagi percaturan hidupku bermula. Moga dengan pengorbanan ini, dapat digantikan dengan sesuatu yang lebih baik darinya…
Dia Masih Menyayangiku..
Dia masih lagi menyayangiku seperti dulu..
Tidak sedikit pun rasa itu berubah malah kian bertambah,
kian hangat dari hari ke hari,
Biar pun kadang kala aku lupa akan Dia,
aku lari dari Dia, aku membelakangkan Dia,
tapi Dia tetap di situ..
Ya, Dia masih lagi di situ,
sedikit pun tidak berganjak,
malah masih menungguku kembali padaNya,
begitu setia Dia denganku,
terharu rasa di dalam hati..
Zalimnya aku berpaling dari Dia,
tidakkah aku terpikir akan semua yang telah diberikan kepadaKu,
agar aku hidup terus bahagia dan tenang,
tidak seperti saudara seIslamku yang lain,
hidup yang tak pernah kenal erti aman..
segala nikmat yang aku kecapi sekarang,
semuannya dari Dia,
tidakkah aku melihat semua itu¿
lihatlah dengan mata hati,
bukan dengan mata yang penuh penipuan itu,
dengan itu, kembalilah pada Dia,
sedikit pun tidak pernah mengecewakanku..
Ya Allah,
aku mahu suci dari segala dosa yang lalu,
segala dari kealpaanku semalam, hari ini dan hari seterusnya,
aku tidak mahu terus dihambat kekhilafan dulu,
hidup dengan penyesalan yang tak berkesudahan..

Short Stories with Tragic Endings

-I got da inspired writing this post when he is invisible from me
Dia yang Bernama Halim
Kali pertama aku mengenali dia adalah pada Hari Anugerah Cemerlang 2009 di sekolahku pada bulan Mei lalu. Pada ketika itu dia sedang bersajak di atas pentas sebagai persembahan kepada tetamu yang hadir pada hari itu. Kutanyakan kepada guru yang duduk di sebelahku, Siapa dia yang bersajak tu¿”Owh, itu Halim pelajar tingkatan 5. Dia tu blaja malas tapi kalo bab-bab cmni memang dia minat,” cukup lengkap jawapan yang diberi. Aku akui akan bakat dia bersajak tapi bukan penghayatan sajak itu yang menarik perhatianku. Apa yang bermain difikiranku adalah lebih daripada itu. Aku seperti nampak ’sesuatu’ darinya. Tapi aku tidak pasti apakah dia.
Tidak dapat kuingat bila kali pertama aku memasuki kelas dia(5 Perdagangan 2 @ 5PD2). Pada mulanya aku tak tahu dia adalah pelajar kelas itu, tapi saat kaki melangkah masuk ke kelas, dia memberi arahan meminta pelajar bangun untuk memberi salam. “Owh ketua kelas rupanya dia,” bisik hati kecilku. Kredit kuberikan kepada dia. Aku masuk ke kelas itu bukan untuk mengajar tetapi hanya ‘relief’ subjek Sains (relief= perkataan yang diberikan kepada guru yang menggantikan guru subjek yang tidak hadir). Guru Sains mereka telah meminta aku berpesan kepada pelajar kelas tersebut untuk membuat latihan yang diberikan dan aku panjangkan arahan tersebut kepada mereka. Dapat kubilang dengan jari bilangan pelajar yang mengeluarkan helaian latihan dan membuatnya. Pelajar lain hanya bersembang diselangi ketawa besar dan langsung tidak mempedulikan sedikitpun arahanku terutamanya pelajar lelaki termasuklah dia. Ya,dia-Halim.
Aku mendekatinya dan meminta dia mengeluarkan helaian tersebut. Jawapan yang aku dapat daripada mulutnya sangat menghampakan. Katanya dia tidak membawa helaian itu dan sekiranya dia membawa sekalipun, dia tidak akan buat kerana tidak berminat untuk belajar. Huh! biadap sungguh` Agak tersentap aku mendengar jawapannya. Rupa-rupanya dia tidak seperti yang aku sangka pada awalnya. Kali pertama masuk ke kelasnya, dia sudah menunjukkan belang kepadaku, dia sudah menampakkan keras kepalanya kepadaku. Dan aku mula ‘memangkah’ nya selepas itu.
Selang beberapa purnama, aku relief lagi kelas itu. Adush` apalah malangnya nasibku mendapat relief kelas itu. Bukan apa kelas 5PD2 itu sudah menjadi perbualan hangat di dalam bilik guru. Bukan setakat itu sahaja, setiap kali ‘contact time’ (mesyuarat guru) nama kelas itu selalu sahaja timbul,ada saja laporan yang tidak elok dari guru. Kelas paling nakal, paling kurang ajar dan paling corot segalanya mereka juara. Segala kesalahan disiplin semuanya dari pelajar kelas itu dari ponteng sekolah, merokok dan bergaduh. Aku pun baru tahu sejak masuk ke kelas itu kali pertama dulu apabila mereka menunjukkan rasa tidak hormat dan tidak menjaga adab di dalam kelas.
Kali ini aku relief bagi subjek Pendidikan Islam. Aku berikan latihan agama di bawah tajuk ‘Adab Dengan Pemimpin’ kepada kelas tersebut. Dan seperti dahulu Halim dan rakan-rakannya tidak mengendahkan arahanku. Sedang pelajar lain memberi tumpuan membuat latihan, mereka membuka ‘kedai kopi’ di belakang kelas, mereka buat seperti aku tidak wujud di dalam kelas itu.
Ketika aku membincangkan jawapan latihan bersama pelajar lain, dia telah menyampuk dan berkata ‘Alah cikgu, tiada sorang pemimpin pun yang jujur dan boleh percaya skang ni, semua sama je’. Dan aku memulangkan paku buah keras kepadanya ‘Awak mengata orang awak sendiri tak menjadi pemimpin kelas yang baik, saya mengajar di depan awak bersembang kat belakang, macam tu ke pemimpin¿’ Dia tidak mahu beralah dan membalas menjadi ketua kelas bukanlah atas kerelaan hatinya sendiri dan terpulang kepadanya untuk menjadi pemimpin yang bagaimana. Huh~ pendek akal sungguh` Selepas itu suasana kelas menjadi hangat apabila kami berdebat. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dia telah menegur caraku mengajar adalah salah, aku tidak cuba untuk memahami perasaan mereka, aku tidak memikirkan masalah yang sebenar dihadapi mereka seperti masalah keluarga sehingga mereka memberontak di sekolah, aku memandang serong kepada mereka sebagai pelajar yang paling corot di sekolah dan dia tidak mempercayai seorang guru pun di sekolah ini semuanya hanya bermuka-muka dan pelbagai lagi. Tegang urat lehernya mempertahankan usulnya, ketinggian suaranya juga tidak seperti dia bercakap dengan seorang guru. Kadang-kadang terdengar juga nada suaranya yang tinggi rendah. Dan perdebatan itu tamat apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Apabila aku mohon untuk beredar dari kelas, rakan-rakannya bersorak, Yea ! Halim menang! ‘Cis!’ bisikku di dalam hati.
Ketika aku mengemas buku sebelum beredar, dia telah datang dan meminta maaf kepadaku kerana menggunakan perkataan kasar sebentar tadi, bukan niat dia untuk melawanku katanya. Aku maafkan dan sedikit pun aku tidak ambil pusing setiap butir katanya tadi. Dia bukanlah lawanku tapi perdebatan itu membawa kesan yang mendalam kepadaku. Tidak sepatutnya aku mengharapkan sesuatu yang lebih dari kelas itu kerana intelektual mereka lemah. Mereka memerlukan perhatian yang lebih tanpa menggunakan kekerasan. Persepsi aku terhadap dia juga sudah berbeza. Secara tak langsung dia meluahkan rasa yang terpendam. Baginya mungkin aku dapat memahami perasaan mereka. Tindakan dia meminta maaf kepadaku sebentar tadi menunjukkan dia masih hormat kepadaku, hatinya masih lagi lembut.
Esoknya aku melintasi di hadapan Bilik Seni untuk menuju ke kelas 3 Wawasan dan aku sudah nampak dia dari jauh. Dia merapati sambil menunjukkan ukiran yang dia buat sebagai kerja kursus SPM bagi subjek Pendidikan Seni. ‘Cantik tak cikgu¿,’ tanyanya kepadaku seperti mahu menarik perhatianku. ‘Cantik, pandai awak buat. Boleh tak awak buatkan satu untuk saya¿,’ pintaku kepadanya. ‘Boleh,’ jawabnya ringkas. Nampaknya peristiwa semalam telah merapatkan aku dengan dia dan telah mewujudkan persefahaman yang baik antara aku dan dia. Simpulku sendirian.
Sebelum tamat persekolahan untuk hari itu, dia telah datang ke bilik guru dan berjumpa denganku. ‘Cikgu, nah ambil ni,’ katanya sambil memberikanku ukiran yang telah disiapkan seperti yang aku minta tadi. ‘Hah, cepatnya awak buat, betul ke nak bagi saya ni¿,’ tanyaku tak percaya. ‘Betul, ambillah,’.katanya dengan muka bersungguh. ‘Terima kasih ye Halim,’ ucapku dengan ikhlas dan dia berlalu pergi. Tidak ku sangka serius rupanya dia mengambil kata-kataku tadi. Sebenarnya permintaanku tadi lebih kepada untuk bermanis mulut dan tidaklah terlalu mendesak. Aku mula membayangkan betapa bersungguhnya dia buatkan ukiran itu dengan masa yang singkat. Sekali lagi aku tersentuh.
Dari saat itu, aku mula ingin mengambil tahu mengenai dia. Kadang-kadang aku mencuri dengar perbualan guru kelasnya apabila membuka cerita mengenai kelasnya tak tertinggal juga perihal Halim setiap kali dia memasuki kelas itu. Setiap hari aku tertanya-tanya datangkah Halim ke sekolah hari ini? Dan apabila aku nampak dia hadir ke sekolah, aku ucapkan syukur masih lagi dia punyai kesedaran terhadap tanggungjawabnya.
13 November 2009, satu tarikh yang tak akan aku lupakan sepanjang hidupku. Malah aku anggap tarikh ini lagi bermakna dari tarikh lahirku. Ya, mungkin aku agak keterlaluan tapi itulah kenyataannya. Satu upacara memohon restu diadakan di mana kesemua pelajar tingkatan 5 akan bersalaman dengan guru-guru subjek mereka dan memohon restu agar mereka dipermudahkan untuk menjawab SPM pada hari Rabu ini-(18 November 2009). Bagaikan di dalam tin sardin kulihat bilik guru pada hari itu dengan pelajar tingkatan 5 yang mahu berjumpa dengan guru-guru untuk memohon maaf atas kesalahan mereka dan meminta didoakan kejayaan mereka.
Aku kenal akan susuk tubuh yang menghampiri mejaku ketika itu.
‘Cikgu,’ Halim menegurku.
‘Yes Halim, what can i help you¿,’ tanyaku kepadanya.
‘Saya nak minta maaf kat cikgu,’ jawabnya.
‘Awak ada dosa dengan saya ke¿,’ aku menjual mahal dengannya.
‘Ada cikgu, kali pertama cikgu masuk kelas saya, saya dah kurang ajar dengan cikgu,’ katanya berterus terang.
(Rupanya dia masih ingat lagi peristiwa itu… )
‘Halim, awak tahu tak..,’ aku mula membuka bicara dengannya.
‘Kali pertama saya kenal awak masa awak buat persembahan kat bawah sempena Hari Anugerah Cemerlang, masa tu saya fikirkan hanya yang baik je pasal awak. Saya sangat kagum dengan awak waktu tu. Tapi saya silap, first time saya masuk kelas awak hari tu, kecewa tul saya tengok awak. Awak tak hormat saya, awak ajak kawan-kawan awak bersembang kat belakang, duduk atas meja, ketawa kuat-kuat. Saya harapkan awak boleh backup saya sebagai ketua kelas, suruh kawan-kawan awak senyap, jaga kelakuan diorg. Tapi awak buat sebaliknya.’ ceritaku lebar.
Pada saat itu, aku lihat manik-manik jernih mula mengalir di pipinya. Erk` agak tersentak aku melihat responnya. Aku tak sangka bicara aku itu, membuatkan dia tersentuh.
Aku menambah lagi. ‘Halim, saya tahu awak bukan seperti itu. Saya cuba bersangka baik dengan awak. Saya hanya fikirkan itu hanya tindak balas emosi awak bila awak berhadapan dengan masalah di rumah dan sekolah. Saya percaya sangat awak budak yang baik.
‘Saya tak tahu nak cakap apa sekarang cikgu.., saya tak tahu’… kata Halim dengan sedu sedan.
‘Awak tak yah cakap apa-apa sekarang. Awak dengar je saya nak cakap apa. Lepas ni awak dah tak dapat dengar saya bercakap,’ kataku syahdu. Bertambah laju air matanya mengalir.
‘Jangan nangis Halim,’ pujukku apabila aku lihat tiada tanda-tanda air matanya mahu berhenti mengalir.
Sebenarnya aku sendiri tidak percaya betapa sensitifnya dia waktu itu. Benarkah apa yang aku lihat sekarang¿. Halim yang dulunya sangat keras hatinya apabila aku menegur silapnya. Tapi hari ini, dia di hadapanku dengan penuh rasa penyesalan.
Pada ketika ini, beberapa pelajar dan guru yang lalu lalang di tepi mejaku memandang pelik ke arah kami. Adegan apa yang sedang dimainkan ni¿. Terdengar aku suara-suara pelajar lelaki bertanya sesama mereka. ‘Eh Halim nangis la, pesal dia nangis ha¿,’.
‘Saya tak berdendam sedikit pun dengan awak Halim apatah lagi memarahi awak saya cuma kecewa sikit. Tak pelah Halim mungkin ini satu balasan dosa kepada saya, di sekolah dulu mungkin saya ada silap dengan cikgu dan sekarang saya rasa apa yang dirasai oleh cikgu saya dulu. Saya belajar apa yang jadi sekarang ni, ini pun satu ilmu untuk saya. Aku menyambung bicara lagi. Tapi dia tetap seperti tadi, tidak juga berhenti menangis. Makin aku pujuk, makin menjadi-jadi pula tangisannya. Sehinggakan Cikgu Jawahir yang duduk di sebelahku memberikan aku sekotak tisu untuk diberikan sehelai kepada Halim.
‘Khairah, tolong akak kejap,’. Perbualan kami terpotong apabila Ustazah Hafilah memanggil aku untuk membantu dia menggunakan komputer.
‘Ok lah Halim, kalau ikutkan banyak lagi saya nak bercakap dengan awak ni tapi takut awak bosan lak nanti. Semua cikgu duk cakap benda yang sama je. Lepas ni bila awak jadi suami dan bapa baru awak akan sedar betapa keciknya awak untuk hidup kat dunia ni. Saya doakan awak berjaya dalam hidup awak lepas ni,’. kataku kepadanya sebagai amanat terakhir sambil menepuk perlahan beg sekolah yang disandangnya.
‘Terima kasih cikgu,’. Itu sahaja jawapan dia, mungkin dia kehilangan kata-kata mendengarkan luahan aku dan dia pun beredar pergi. Aku hanya membalas dengan senyuman.
Tak banyak respon yang dia berikan kepadaku, tetapi melihatkan air matanya yang jatuh aku sudah dapat mengerti apa yang tersirat di dalam hatinya. Aku tidak merasai kemenangan di pihak aku apabila dia menangis, tetapi aku ucapkan syukur kerana dia sudah sedar akan kesilapannya dulu, hatinya masih lagi terbuka untuk mendapat petunjuk. Semoga tidak terlewat untuk dia berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang.
‘Khairah apa you cakap dengan Halim sampai dia nangis tak renti-renti¿,’. tanya Cikgu Arwina mendapatkan aku selepas Halim pergi. ‘Tak ada apa-apa,cakap sikit je,’. Aku tidak berniat untuk menceritakan kepada sesiapa apa yang telah terjadi antara aku dengan Halim dari awal persekolahan sampai sekarang. Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan dia. Masing-masing menyimpan perasaan yang sukar diungkapkan. Ada seperkara yang aku ingin katakan kepada dia, tapi tiada kesempatan. Aku ingin katakan maksud namanya ialah ‘Hamba yang Lemah-Lembut’ (Abdul Halim) dan seharusnya dia bersikap lemah-lembut dengan sesiapa. Aku rasa ianya terbukti apabila aku meihat air matanya jatuh. Rupa-rupanya inilah ’sesuatu’ yang aku cari-cari sejak kali pertama mengenali dia.
Rasa yang Tertinggal
Rasa¿ rasa apa yang dimaksudkan ni¿ Adakah rasa kopi yang aku hidangkan untuk abh setiap petang itu¿ huhu~ (Sila baca entry ‘Secawan Kopi untuk Abah’).
Aku mula membuka kotak memoriku dan mencari kembali kehidupanku 8 bulan yang lalu. Masih basah lagi di ingatanku pada hari pertama mendaftarkan diri sebagai pendidik pada 1 April 2009.
Pagi yang sangat indah itu aku ditemani abh sebagai penunjuk jalan ke sekolah yang bakal aku taburkan ilmu. Dari luaran, dapat aku simpulkan aku akan senang berada di sini dan seperti ada tangan yang terbuka luas menyambut kedatanganku sebagai warga sekolah yang baru.
Huh! Awal benar aku membuat jangkaan indah itu, segalanya terpesong habis bila kaki melangkah masuk ke kelas. Aku tidak disambut dengan permaidani merah, apatah lagi senyuman manis. Tapi aku disambut ‘mesra’ dengan keadaan kelas yang kotor, sebilangan pelajar lelaki berkejaran di dalam kelas dan beberapa pelajar perempuan yang semangat bersembang. Hampir 10 minit aku terpacak di hadapan kelas tanpa sebarang salam dihulurkan. Inikah yang bakal aku hadapi setiap hari sehingga tamat persekolahan 2009¿ Hati mula membara, muka merah mengalahkan udang bakar. Dengan kekuatan aku hamburkan kemarahan kepada mereka. Sepi..
Tidak tertulis di sini pengalaman yang sudah aku kutip dari pelajar yang berminat mengikuti kelasku sehinggalah yang ingin mengugut ingin menamparku. Kadang-kadang terdapat juga beberapa pelajar tingkatan 5 yang bersiul nakal apabila aku melintasi kelas mereka.
Terasa penat menjadi pendidik. Aku tidak penat dengan tugas P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) tetapi aku penat melayan karenah mereka. Dan tentunya peel (sikap) pelajar tingkatan 1 selalu mencuit hatiku. Sifat mereka yang keanak-anakan yang dibawa dari sekolah rendah masih tidak terhakis. Mengejek nama bapalah, ejek bapa jual ayamlah,jual beruklah semuanya menjadi bahan gurauan mereka. 10 kali aku memarahi mereka, 100 kali bertambah rapat mereka dengan aku. Tidak melekat langsung kata-kata amarahku di hati mereka. Ish`
Namun bila ku sendirian, aku tersenyum sendiri mengenang sikap mereka. Mereka datang ke sekolah bukan setakat menimba ilmu tetapi juga mahu diperbetulkan sikap mereka. Perbezaan umur yang hampir 10 tahun dengan mereka menjadi kayu pengukur bagi aku menilai setiap daripada mereka. Ada yang sudah mencapai tahap matang pemikirannya, ada yang berfikiran pendek dan ada yang tak berfikir langsung (bila aku bertanyakan soalan, geleng tak, angguk pun tidak) huh~ Kadang-kadang pelajar yang suka melawan kata-kataku, aku lebih senang mengambil langkah untuk berdiam diri. Biarkan dia rasa dirinya di pihak yang benar, esok-esok bila dia sudah menjadi anggota masyarakat, dia akan tersedar sendiri dirinya terlalu kerdil untuk tinggal di dunia yang bersifat sementara ini. Aku ampunkan dosa mereka dan aku halalkan ilmu yang aku sampaikan.
Tak kurang 2 minggu lagi, aku akan menamatkan perkhidmatan di sekolah ini. Entah tahun depan aku akan kembali entahkan tidak. Pastinya aku merindui setiap saat bersama mereka, membimbing mereka, bergurau bersama mereka.. pahit bertukar manis, manis bertukar pahit.. Dan itulah sebenarnya rasa yang tertinggal…




